Kanak-kanak perempuan itu duduk di balik pintu di dalam biliknya sambil menekup telinga.
"ADRINA!!! TAK GUNA KAU PEREMPUAN! AKU NAK DUIT BUKANNYA NAK DENGAR KAU MEMBEBEL TAK TENTU HALA!"
Kanak-kanak itu menangis teresak-esak. Takut dengan suara garau milik ayahnya. Tubuhnya menggeletar dan jantungnya berdegup laju.Pintu yang diperbuat daripada papan lapis itu tidak mampu menapis bunyi pergaduhan itu. Setiap butir pergaduhan ibu bapanya didengari dengan jelas.
"ABANG! SAYA DAH TAK TAHAN DAH DENGAN PERANGAI ABANG!CERAIKAN SAYA CERAIKAN!!!!!!"
PANG!
Air mata kanak-kanak itu mengalir perlahan. Hatinya bertambah pedih mendengar bunyi lempangan tersebut. Ingin sahaja dia membuka pintu biliknya dan menghalang perbuatan ayahnya itu. Dia ingin menggantikan tempat ibunya. Hatinya menjadi marah. Dia mengepal tapak tangannya lalu mengelap air mata yang bersisa di pipinya.
Tiba-tiba suasana menjadi senyap. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas yang bersiulan di luar rumahnya. Rumahnya terletak betul-betul di dalam ladang kelapa sawit. Tiada jiran dan kedai yang terdekat.Rumah yang paling dekat dengan rumahnya adalah rumah milik Encik Bakar yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dengan berjalan kaki.
'Apa jadi dekat ibu?' Getus hatinya perlahan.
Dia membuka pintu perlahan.
Ruang tamu rumahnya kosong. Ayahnya tiada dalam pandangan, ibunya juga .Pintu bilik tidur ibubapanya terbuka luas. Pintu rumah juga terbuka. Dia berjalan perlahan menuju ke dapur. Dia melihat ibunya sedang berdiri di tepi sinki sambil memegang parang. Terdengar esakan kuat .Dia memandang dapurnya yang sempit itu. Mencari ayahnya. Tiada.
Suasana dapur terlalu suram dan kelam. Dia menjengketkan kakinya dan menghidupkan suis lampu di tepi pintu dapur.
"Tinggg!"
Parang itu terjatuh. Ibunya memandang belakang dan mengurut dada perlahan. Ibunya menunduk dan mengutip semula parang itu.
Kanak-kanak itu berjalan kearah ibunya yang hanya berdiri di tepi sinki sambil tersenyum ke arahnya.
Kanak-kanak itu mendongak dan memandang ibunya, "Kenapa ibu senyum?"
Dia merasa pelik. Ibunya tampak gembira walhal dia baru saja mendengar ibunya menangis teresak-esak. Kesan airmata pun masih lagi terlihat di pipi ibunya. Mata ibunya yang sembab juga tidak dapat menipu.
Ibunya meletakkan parang itu ditepi sinki dan perlahan-lahan mencangkung di hadapan anaknya. Dia memegang bahu anaknya kuat sambil berkata, " Ibu senyum sebab nampak anak ibu."
Ibunya memandang tepat matanya. Dia menyapu sisa airmata yang masih melekat di pipi.
"Kenapa anak ibu nangis haaa? Janganlah.."
Sebaik sahaja ibunya menghabiskan ayat itu, dia terus didakap seerat-eratnya.
"Ibu sayang anak ibu. Walau apa pun yang terjadi ibu tetap akan jaga anak ibu sebaiknya. Harta ibu dunia akhirat."
Rambutnya diusap perlahan-lahan . Ibunya kemudian berdiri dan mengambil semula parang di atas sinki.
"Dah jangan nangis. Buruklah nangis. Buat malu je haaa.Jom teman ibu pi tebas semak. Makin tinggi lalang, ayah kau tu nampak kang, mengamuk lagi kang... hmm bukan boleh dijangka dia tu."
Kanak-kanak itu hanya mencerna sahaja kata-kata ibunya tanpa memberi respons.
Mereka menapak perlahan menuju ke halaman rumah. Rumah setingkat yang diperbuat daripada kayu. Meskipun buruk tapi itulah tempat mereka bertiga berteduh.
Kanak-kanak itu hanya memerhati ibunya membuat kerja-kerja menebas semak. Yelah kalau berdiri dekat-dekat bahaya takut terkena libasan parang itu.
Selesai menebas semak, ibunya menyapu daun-daun kering yang memenuhi laman serta lalang yang ditebas tadi.
Kanak-kanak itu hanya memerhati perlakuan ibunya itu. Kemudian ibunya masuk kedalam rumah sebelum keluar semula dengan tong minyak tanah dan mancis di tangan. Ibunya meletakkan barang-barang itu ditepi daun-daun kering yang telah dilonggokkan sebelum masuk semula ke dalam rumah.
Kanak-kanak itu kemudian berjalan menuju ke arah longgokan daun kering itu. Dia mengangkat sedikit tong minyak tanah itu dan meletakkannya semula ke atas tanah.
Tiba-tiba, sekotak penuh kertas diletakkan dihadapannya. Di dalam kotak itu mengandungi berpuluh-puluh helai kertas yg kebanyakkannya sudah kekuninangan dimamah usia.
"Kertas apa ni ibu?" Tanya kanak-kanak itu.
Ibu tersenyum lalu berkata," Surat-surat cinta dari ayah kaulah. Dulu dia suka tuliskan ibu surat dan rajin cipta sajak untuk ibu."
Ibunya berdiri dan mengeluarkan semua isi di dalam kotak itu lalu meletakkannya di atas timbunan daun-daun kering itu. Kemudian, ibunya mengambil minyak tanah dan menyiramnya ke atas timbunan tersebut.
"Anak ibu jauh sikit, kang kena api kang." Kanak-kanak itu berundur beberapa langkah.
Ibunya menghidupkan mancis lalu membalingnya ke arah timbunan tersebut. Api meletus dengan indah di mata kanak-kanak itu. Semakin lama api semakin marak.
Kanak-kanak itu mendekati ibunya dan mendongak untuk melihat wajah ibunya.
Wajah ibunya tidak beriak langsung. Tiada rasa sedih, marah atau gembira.
"Ibu kenapa ibu bakar surat cinta ayah?"
Ibunya mencangkung perlahan-lahan di hadapan kanak-kanak itu dan memegang bahunya sambil memandang tepat ke mata anaknya. Kanak-kanak itu berasa sedikit gerun dengan wajah ibunya yang tidak menunjukkan sedikit perasaan pun. Ibunya mengusap pipinya perlahan seraya berkata,
"Kalau kita sayang benda tu, kita memang hargai benda tu, tapi kalau dia dah tak ingat kita, dia tak hargai kita, tiada guna buat kita, buat apa simpan? Hapuskan. Jangan biar benda tu buat kita rasa terikat. Dengan surat-surat cinta buat ibu terikat dengan ayah. Kan lebih baik ibu buang. Supaya ibu boleh bebas dari perasaan tu. Ibu akan lebih kuat. Kalau benci hapuskan!"
Ibunya tahu dia tidak sepatutnya berkata begitu kepada anaknya yang masih lagi kecil, baru sahaja berumur 9 tahun tapi apakan daya , hatinya semakin sakit. Dan dia mahu anaknya mengerti bukan mudah untuk mencintai seseorang yang bukan lagi dirinya...
Api semakin marak dan perlahan-lahan kertas itu hilang dijilat oleh kerakusan api yang membakar.
#takde idea
#bahasa melayu is my least fav subject. pardon me for my terrible words usage hahah