z&n chap 4

"Aghh," dengus Nadhirah perlahan.

Dia bangun dengan laju menyebabkan kepalanya sakit. Kepalanya diurut perlahan. Matanya cuba dibuka tapi sedikit pedih kerana sisa air mata yang melekat pada bulu matanya sudah mengeras menghasilkan sejenis hasil yang tidak begitu indah.
Dia menggoyoh matanya lalu membuka seluas-luasnya.

"Huahhhhh," dia menguap lalu menutup mulutnya. Dia memandang sekeliling biliknya. 
Hmm sepah. Teruk betul ke aku mengamuk semalam?

Dia duduk di atas katil sambil termenung memandang pintu biliknya yang tertutup rapat itu. Kemudian dia mengambil telefon bimbit yang terletak di tepi bantalnya.

Matanya menjadi bulat selepas melihat waktu yang tertera pada skrin telefon tersebut.

"PUKUL 12? HOW LONG DID I PASS OUT ?!" jeritnya kuat.
Nasib baik dia tidak solat jadi tidaklah dia rasa bersalah sangat.

Dia berdiri lalu berjalan ke arah pintunya dan membuka pintu perlahan-lahan. Matanya melilau mencari temannya. Tiada. Hmm mesti keluar dengan kawan-kawan dia. Bibirnya diketap kuat. Teringat malam tadi.

"Brrr,"perutnya berbunyi perlahan. Dia menggosok perutnya perlahan dan tersedar yang dia masih lagi belum menjamah apa-apa sejak malam tadi.

Dia berjalan menuju ke dapur dan melihat keadaan dapurnya yang agak kemas. Pinggan semua berbasuh dan dapur memasaknya bersih tanpa kesan minyak. 

Dia membuka pintu peti ais dan mengambil sekotak susu lalu menutupnya semula. Kemudian dia mengambil kotak bijirin segera yang terletak di atas peti ais. 

Bijirin itu dituang ke dalam mangkuk diikuti dengan susu. Dia membawa mangkuk itu masuk ke dalam bilik dan melihat sekeliling biliknya. Barang-barang yang bertaburan Nadhirah hanya buat tidak peduli dan terus duduk di atas kerusi belajar

Dia makan sambil memerhatikan dinding biliknya yang kosong. Fikirannya kosong.

Selesai sahaja makan, dia meletakkan mangkuk itu di atas lantai. Dia mencapai beg laptop di tepi katil . Dia mencari novel Sidney Sheldonnya di dalam beg itu. Tiba-tiba dia terpegang sesuatu. Dia mengeluarkan benda itu.

Dompet.

Dia membuka dompet tersebut dan melihat kad pengenalan lelaki itu. Memori semalam masih lagi menghantuinya.

Dup dup dup

Jantungnya berdegup laju. Dia memegang dadanya . Hatinya kecut. Perutnya terasa senak. Dia mencampak dompet itu ke atas lantai dan terus mengorek begnya untuk mencari ubat.

HAH!

Dia mengeluarkan ubat itu dari botol dan terus menelan 2 biji sekaligus lalu mencapai botol air di atas meja belajarnya. Dia meneguk sehingga airnya habis. Botol itu dihempas ke atas meja. Tangannya menggeletar Walaupun biliknya terdapat heater, tetapi tubuhnya merasa sejuk.

Dia menggosok semula dadanya berharap supaya debaran di dada itu mengurang. Untuk mengurangkan debaran di dada, dia mengambil mangkuk bijirannya dan membawanya ke dapur lalu membiarkannya di atas sinki.

Tingkap di ruang tamunya dibuka seluas-luasnya. Angin sejuk menyerbu masuk, menyegarkan wajahnya. Dia melihat suasana tengahari di kota London itu. Sungguh menenangkan.

Soothing, so calm. The serenity that i've been looking for all week.

Tesis, projek akhir tahunnya sangat membebankan. Dia rasa mahu menangis semahu-mahunya. Aghhhhh. Nasib baik dia sudah dah nak habis. Tetapi , dia perlu bersedia pula untuk peperiksaan akhir yang juga bakal menentukan cgpanya. Walaupun dia dean list memanjang tetapi itu tidak bermakna dia tidak perlu bersedia. Hmm, belajar saja yang menjadi prioritinya sekarang. 

Dia menghirup udara segar sepuas-puasnya sebelum menutup semula tingkap.
Perlahan-lahan kakinya dilangkah menuju ke biliknya semula. Bantal dan buku yang bertaburan di angkat dan diletakkan semula pada tempat asal.

Dompet itu dikutip dan dibelek-belek sebelum dia membukannya perlahan-lahan.

Di dalam dompet itu mengandungi sejumlah wang. 1,2 ,3 4, 5... 50 pound? woh banyak jugak ni. Dalam beg dompet ini juga terdapat kad kredit serta lesen kenderaan serta kad-kad yang lain. Paling menarik perhatiannya adalah gambar kad pengenalan didalam dompet itu. Dia menarik keluar.

Nama penuh Ziyad Abdullah bin Hanif Abdullah. 860303. Ohh, 26 tahun sekarang. Wajah pada kad pengenalan itu ditenung lama. Hmm gambarnya sedikit kabur dan calar balar. 
Mesti asyik jatuh , dahlah tak bersarung

Lelaki itu mempunyai kulit yang agak cerah dan wajahnya yang berbentuk bujur serta rambutnya yang disikat belah tengah. Sangat skema. Dia tergelak perlahan.

"HAIP!" Dia menampar pipinya perlahan. Lelaki ni cuba buat benda tak elok dekat kau, boleh pulak kau terhibur dengan gambar dia?!?

Alamat, tinggal di Damansara Height. Clearwater condo. Agama: Islam. 

Perbuatannya semalam tidak melambangkan agama yang dianutinnya sekarang. Nadhirah tergelak sinis. Teringat...

Nadhirah meletekkan semula kad itu di dalam ruangan dompet itu. Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya. Gambar. Gambar itu kecil sahaja dan muat cukup-cukup  Di dalam gamabar itu terdapat Ziyad dengan seorang perempuan.Perempuan di dalam gambar itu sangat cantik  dengan wajahnya yang putih serta rambutnya yang panjang dan wajah Ziyad di dalam gambar tersebut cukup berlainan dengan wajah didalam ic nya. Manis dan kacak. Hmm rupa dah ada, akhlak pulak zero. Haip. Cepat betul aku judge.

Hmm kalaulah girlfriend dia tahu, perangai mamat tu, mesti kena cepuk dan belasah cukup-cukup.

"TEEET".

Nadhirah memandang jam di dinding. Pukul 1 ! 

Dia terus memasukkan gambar itu kedalam dompet tersebut dan mencampakknya di atas katil.

Tuala dicapai dan dia melangkahkan kakinya menuju bilik air kecil yang terdapat di dalam biliknya itu. Dia memerhatikan wajahnya pada sinki.

"Tak selawa perempuan dalam gambar tu ," getus hatinya sambil membelek-belek wajahnya. 

"Eh kenapa aku bandingkan dengan perempuan tu???Snap out of it lahh Nad!" bisiknya perlahan.

Dia membasuh wajahnya dan percikan basuhan wajahnya terkena pada pergelangan tangannya.
Pedih
Kesan luka masih lagi segar. Luka itu sudah biasa, dia sudah tidak terasa lagi.

Dia mengelap wajahnya dan memberus giginya. Sambil memberus gigi dia,membayangkan wajah lelaki itu apabila dia membuat laporan polis.

Haha!

Tapi lelaki itu menyerangnya separuh jalan dan meninggalkannya begitu sahaja. Adakah patut dia memaafkan lelaki itu? Yelah no harm is done.

"Should I?" katanya sambil menngetuk pipinya menggunakan jarinya. Entahlah.

Dia berkumur dan keluar dari biliknya. Dia tahu dah nak buat apa!

#LONG AND IRRELEVANT POST I THINK