Just for a moment

the sparks slowly fade away and burn out. Just . like . that .
we're not meant to be together.
maybe that my name are not written in your loh mahfuz as your zaujah.
maybe my name was written as a friend. A friend that will support you, be by your side, but not for forever. Just for a moment. 
Let me indulge the moment.
Let me re-spark the moment. 
Let me cry over the moment
before i let it go

Forever.
Aku menulisnya di dalam diari dan memandang lautan luas ciptaan-Nya. Indah dan mengagumkan. Aku melepaskan satu keluhan berat. Keluhan mengalah dan keluhan putus asa. Hari ini aku duduk di atas batu besar berhadapan Pantai Pulau Perhentian kerana ingin lari. Ya. Lari dari realiti menyakitkan dan mereka fantasi sendiri di sini. Fantasi bersama simpanan memori silam. 
Aku tahu ALLAH tidak suka pada hamba yang lemah. Aku kena kuat. Tapi...

Setitik air mata aku gugur jua. Aku cuba tahan sepanjang seharian di sini. Tapi dibawah langit-Nya, di hadapan lautan ciptaan-Nya, gugur jua. Lemah.

Aku mengangkat punggung dan menutup diari lalu berjalan menyusuri pantai. Memijak pasir yang lembut dan menyusuri gigian pantai. Airnya terasa suam. Suasana petang yang damai dan tiada seorang pun manusia yang ada di sekitar. Mungkin kawasan aku yang tersorok. 

Skirt biru cair yang dipakai aku basah terkena air laut. Aku tunduk sedikit dan mencedok air laut menggunakan tapak tangan lalu menyapunya pada muka aku. Sedikit pedih. Bengong jugak aku ni. Laut sah-sah masin dan kandungan garam tahap banyaknya beyond imagination.
Tapi rasa pedih tu menyedarkan aku yang hidup ni memang perit dan dugaannya banyak.
heh, aku banyak bersedih dan lupa akan nikmat di sekeliling aku. Aku melayan feeling sedih aku dan lupa aku masih punya tanggungjawab di atas muka bumi ni. Sebagai pekerja dan anak.

Aku bangkit dan memegang kemas diari aku lalu berjalan ke bilik hotel. Azam kuat dalam hati.

I'll be back for good.

Bye Perhentian.

________________________________________________________________________


14 tahun dahulu

Dunia baru. Gosh. I have never felt so scared. Looking at the big signboard
"Tahniah kerana berjaya hadir ke sekolah!"
tak. jangan ucapkan tahniah. Aku taknak pun datang. Aku rela memerap dalam selimut dikelilingi teddy bear comel and comforter yang selesa. Tengok Barbie and The Flying Unicorn pukul 10 pagi. Lepas itu main basikal waktu petang dengan


________________________________________________________________________

3 tahun kemudian
Bisingnya tahap wow fantastic baby.
Yelahkan first day sekolah. sebulan setengah tak jumpa, walaupun ada facebook dan twitter but hello manusia kan, mulut tu kalau tak bergerak tak boleh okay.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA Fiya hottestnya kau pakai beg biru laut ada polka dot, Trend meletop sekarang. mana beli? GM plaza ehhhh,"tanya Lia sambil membelek beg aku. Suaranya yang nyaring macam pontianak kampung pisang tu menarik perhatian guru disiplin.
Dia dengan rotan dan muka ala-ala adik beradik tok dukun datang mendekati kami yang dah kecutsss

"Eh awak tak reti ya nak beratur elok-elok hah? Dah Form Four still tak matang. nasib result bagus, Dah masuk barisan ," tengkingnya kuat sebelum meninggalkan kami yang blur tu.
Aku syak dia tengah monopaus tu.

"Aku harap permohonan aku masuk Kolej Voke diterima secepat sepantas selaju yang mungkin dan cepatlah aku blah dari tempat ni. AMin," kata Lia sambil membuat gaya orang berdoa.

"Voke? Result kau 7 A kan? mintak la SBP or MRSM . lainlah aku 5 A yang lepas la nak masuk Kelas sains ni," kata aku merendah diri. Yelah aku tak sebijak Lia.
"Hello awak yang pakai beg hot, siapa kata banyak A je kena ambik sains. My ambition is to become Fashion Designer macam Coco Chanel tu ke, Radzwan Razwil apa nama dia tu. Not scientist kayy. So eventhough kau straight a tapi kalau hati kau takde dalam bidang sains tu, takkan nak dipaksa. kena ada rasa cinta dan minat pada ilmu tu baru aku boleh absorb. Kau boleh sains sebab A kau math and sains kan? yang tak boleh Sej, Geo , Kh . hahaha lawak je subjek yang kau B ni," kata Lia panjang lebar sambil memintal hujung beg aku.

Aku terfikir. Yeahhh betul betul. Kalau tak ada minat dan semangat dan dorongan daripada diri sendiri , nak buat apa pun tak jalan.

"Be strong bebeh. Result voke keluar hujung minggu ni, plis plis plis weh doakan aku dapat,"kata Lia sambil mengoncang bahu aku kuat.Aku hanya tersenyum. dalam hati doa buruk gila jangan bagi dia pegi. My one and only bff ni tawwww

"EHEM, EHEM, TEST," terdengar seorang berdehem melalui microphone. Oh our new beloved KP, Mohammad Izzue Iman. Ya Allah hensemnya tahap 5 kali pandang terteleng teleng kepala tapi aku tak de la terteleng 5 kali tengok. aku sekali tengok je tapi tengok dengan lama. Ciptaan Allah kan..

"Okay semua luruskan barisan dan pastikan anda beratur mengikut kelas masing-masing. Semua pasti dah tahu kan semasa pendaftaran minggu lepas? Jadi tolong senyap kerana kita akan mulakan majlis kita sebentar lagi. "katanya lalu turun dari stage untuk memberi laluan kepada MC untuk memulakan majlis.

Aku berdiri nak tak nak. Kejap goyang kiri, kejap goyang kanan. Tak tentu arah. Hati aku tak sedap. Yelah aku akan masuk kelas 4 B!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! OH MY ENGLISH. Sebelum aku hanya kelas kedua dan kali ini aku berpindah masuk kelas nombor satu yang penuh dengan otak-otak genius meletop dan berbanding dengan otak aku ni kalau jual sure tak laku.

Aku beratur di kelas 4 B bersama Lia dan beberapa orang dari kelas 3 C tahun lepas. Let see, Syairah the quirkiest one, Azim the snobbish one, Adib the poyo one and jeng..jeng..jeng.. Farahiya the most gedik,bajet,barbie-lookalike one. Ya Allah dalam banyak-banyak budak 3 C tahun lepas kenapa dia terselit . Kenapa?!!??!

Nasib aku beratur last sekali dan dia berada jauh di hadapan sedang berborak dengan classmate baru. Aku termenung memandang mereka. Tiba-tiba si Barbie (Farahiya lerr) memandang aku. Tepat ke mata dan dalam sekali. Menusuk kalbu,jantung, perut dan semua organ aku. Terasa bulu roma berdiri sekejap. Dia menghadiahkan jelingan paling manis dan menawan kepada aku lalu menyambung perbualannya.
Aku tak paham hormon dia bergerak macam mana. Masa form two ngam bukan main dengan aku dan Lia tapi masuk form three, dia berubah. Lain. Gedik pun lain macam. Gelak kepit-kepit. lepastu jalan lenggang-lenggang. Aku tak faham dengan perempuan ni kan. Eh lupa aku pun perempuan.
Biarlah asalkan dia bahagia. Semua manusia akan berubah. Itu kitaran alam. Cuma berubah ke arah yang baik atau sebaliknya.
Okay terserius pulak.

"Sila berdiri tegak dan tangan di sisi untuk menyanyikan lagu negaraku. Satu dua mula!"

Mula berangan. Berangan mode activate!

-----------------------------------------------------------------------------------------------
"Peh buruk gila kelas ni.Dinding berconteng.Apa dorang ni ambik subjek seni ke? Tak berseni pun conteng tu Plis ah dahlahkerusi nak patah. Nasib aku dah nak pindah,"bebel Lya sambil menggoyang-goyangkan kerusinya
Aku duduk di kerusi sebelahnya dan memandang Lya lama. Ayat terakhir menyentap segala usus dan organ-organ dalaman aku dan organ yang paling sentap sekali adalah hati.

"Lya kau tak kesian dekat aku? Alone dan kesepian. Huhuuhu."
Muka sedih aku mesti nampak fake gila kan? Sebab Lya langsung tak layan aku tapi sibuk dengan kerusinya yang nak roboh tu.

"Alaaa bukan tak sedih , cuma aku tahu one day yang kita berdua akan berpisah jugak. Friend are not forever, sometimes. Ada rezeki jumpa lagi. Tak ada, teruskan hidup. Apa yang penting kita kena kejar cita-cita untuk bangunkan agama and bangsa kita. Hanan sure kau akan jumpa kawan yang lagi best dan superb dari aku.Tu Syairah tu baik apa, cuma pelik sikit,"kata Lya sambil menunding jari ke arah Syairah. Tunding weh . Bukan pandang. Syairah yang berada di hadapan kelas sambil membebel sorang-sorang dengan mengharapkan perhatian orang terus terhenti bebelannya. Dia membuat wajah teruja dan terus berjalan kearah aku dan Lya. NO. someone stop her please!!

Syairah is nice but sometimes too nice and overnice. She can't stop talking and obviously has some saliva problem. (Bila dia cakap, air liur terpecik gila banyak)
"Go and make friend with her,"kata Lya sambil menyodol perut aku menggunakan sikunya sampai rasa nak tertembus usus. 
"I try to be friend with her since form 1. News flash, not working,"kata aku. Tapi memang tak boleh elak sebab dia dah berdiri dihadapan aku dan Lya

"HAI!!"

Ya aku patut pakai topeng gas atau topi angkasawan bila bercakap dengan dia.

"Hai Syairah, tahniah dapat 8A," kata aku sambil tersenyum plastik. Jahatkan aku.

Syairah tersenyum lebar sampai nampak bracesnya yang bewarna pink hijau. Siapa bagi dia pilih warna tu!?!? Stressnyaaaa

"Hehe terima kasih awak. Awak nak tahu tak rahsia dia? First saya ikut tips turun temurunn iaitu sentiasa makan kurma, kismis, madu balallalalalaa .. bla... " 

Aku mengelap muka dan memandang Lya di tepi aku sambil buat isyarat...

'HELP ME!'

Lya buat dunno. Thanks Lya. Love you too..
_________________________________________________________________________________

3 weeks after that..

"So damn lonely."
Aku berjalan di tepi padang sekolah sambil melihat tukang kebun memesin rumput. All by myself. Sebenarnya aku ada beberapa orang kawan lain di kelas lama dan kelas baru but no one can replace Lya. She's different.

Di tingkatan satu, aku mula rapat dengan dia pada bulan Februari kerana dia bersekolah di MRSM pada bulan januari sebelum mendaftar ke sekolah biasa sebab tidak tahan kehidupan berasrama. Biasalah tingkatan satu kan darah pun masih gedik dan manja. 
Aku pulak kalau ada peluang untuk duduk berasrama memang takkan aku lepaskan. Aku ada hanya seorang kakak dan dia merupakan pelajar sekolah berasrama penuh. Aku tengok dia aktif dan kehidupannya meriah dengan aktiviti. Seronoknya.

Aku blur,simple dan selalu alone.

Biasalah watak protagonis haruslah sadis baru pembaca rasa blend in dalam dunia karakter. Okay tak sama ke? Back to the story.

Sambil menghirup udara yang sedikit berhabuk disebabkan sekolah yang berhampiran dengan tapak pembinaan, aku memandang sekeliling. Menimbang pilihan. Membuat keputusan.
Semalam aku dah search internet dan tanya kawan serta bincang dengan mak aku berkenaan keputusan yang bakal dibuat oleh aku. Siap print borang, photostat sijil semua. Tunggu tanda tangan guru je.

Mari pindah ke sekolah berasrama

Bilik Guru.

    "Assalamuaalaikum Cikgu Shahada. Sorry for bothering you. Can i borrow your  5 minutes?" tanya aku kepada guru muda merangkap guru kelas aku.
Dia memandang aku sebelum mempersilakan aku duduk di kerusi plastik bersebelahannya.

"Ya Hanan. Apa-apa boleh saya bantu?" tanya cikgu Shahada.

Aku mula menceritakan kisah aku. Aku nak masuk asrama. Aku rindu Lya dan daripada aku wandering around dekat sekolah lama aku, lebih baik aku cipta satu pengalaman baru.
Aku menghulurkan segala borang-borang yang diperlukan untuk Cikgu Shahada semak.  Dia meneliti borang-borang itu dan memandang aku serius sekali. Seram.

"Saya harap awak dah fikir masak-masak. Cuma satu saya nak pesan, walau dimanapun awak belajar, sekolah yang terhebat di Galaksi Bima Sakti sekalipun, kalau awak tidak ada passion untuk belajar, there is no guarantee you're going to succeed . got it?" nasihat Cikgu Shahada. 

"Saya pasti keputusan saya berpindah ini betul cikgu. Saya siap solat istikharah lapan rakaat cikgu. Saya asyik mimpi sekolah tu je ..."

"Assalamuaalaikum, ni Cikgu Syahada ke?"

Terdengar suara memberi salam daripada belakang aku.

"Waalaikumussalam. Ye saya Cikgu Shahada. Anything i can help you?"

Aku memusingkan badan aku kebelakang, dan Masyallah tetiba kedengarang lagu Barakallah dimainkan diiringi bunyi kompang.

Anak sape drop-dead handsome sangat ni!?!? Dengan kemeja putih, seluar slack coklat dan tie berlogokan sekolah mana entah, dia nampak sangat ganteng.

"Cikgu saya pelajar baru and just got transferred from MRSM. Cikgu guru kelas 4 Bestari ke?"tanya si dia lagi.

"Ya saya. Awak ni budak baru nama Ziyad Hafizi tu ya? Oh, kejap eh. Biar saya selesai masalah budak ni hah." kata Cikgu Shahada sambil tersenyum memandang aku.

Dia memandang aku sekilas sebelum menarik kerusi di meja guru sebelah Cikgu Shahada. Ui sombong bak hang. Tegur la, bagi salam ke. Tanya 'awak single lagi tak ke?'

But, Ziyad Hafizi sound so damn familiar. Aku memandang je dia, mana tahu tetiba flashback.
Tak ni bukan dia. Ni angan-angan aku je. Dia jauh lebih hodoh. Oh ya, ni Dylan O'Brien from The Internship
"Hanan!" Cikgu Shahada menepuk peha aku. Alamak dia tangkap aku ushar anak orang. Sebagai seorang super muslimah yang menawan lagi sopan, agak malu lerr.

"Rugi awak pindah Cik Hanan Aafiya oiii. Ni ha eligible bachelor baru pindah masuk. Ish ish,tenung macam nak tembus kepala si Ziyad ni," perli Cikgu Shahada.

Cikgu, cikgu sangat baik tapi tahu tak cikgu punya suara loudspeaker punya jenis? Aghhhhh
Tapi Alhamdulillah Ziyad buat tak tahu. Kebetulan ada beberapa orang cikgu je dan mereka sedang membuat kerja masing-masing. Tak apa tak malu sangat

"Cikgu, kawan saya Lya kata kita kena kejar cita-cita dan impian kita. Saya nak kejar dan polish tu! Nak buat mak saya senyum dan happy," kata aku sambil memikirkan ibu yang berada di rumah. Sekarang kakak ada dekat rumah , baru sahaja tamat degree dalam bidang Sains Fizik di UM. Sementara itu bolehlah jaga ibu. Aku boleh bergembira di asrama.Insyallah

"Tu semua bullshit. Just go with the flow cukup," tiba-tiba satu suara kedengaran.
Muka Ziyad selamba melafazkan ayat itu. Cikgu Shahada terpinga-pinga. Yelah budak baru bersuara ayat kemain kauuu.

"Kau apahal aa? Kau tak ada cita-cita nak kejar sebab tu kau kata tu bullshit kan. egh!" marah aku sambil memandangnya tajam.

Ziyad buat tak tahu. You're so damn expressionless.
Cikgu Shahada hanya tersenyum kelat.
"Err, Hanan saya dah sign semua. Awak pergi balik kelas dulu. Saya nak cakap sikit dengan Ziyad. Dah dah balik kelas," kata Cikgu Shahada mengarahkan aku pergi.

"Terima kasih cikgu," kata aku kepada cikgu shahada sambil tersenyum sebelum menghadiahkan sebuah jelingan maha tajam ke arah Ziyad. Tak ada perasaan jugak. Mampos kaulah.

___________________________________________________________________

"Tadi ibu call sekolah tu.Second intake ke Sekolah Puteri Segambut bulan depan. Jadi lagi sebulan lah sekolah dekat sini ye," kata ibu lembut.

Aku terbaring di atas katil sambil memandang siling. Di telinga tersumbat earbuds.Berfikir sambil diiringi lagu Favourite Things by Yuna 

When I feel like the world has turned it's back on me
When I feel all alone and I'm left with nobody
Oh, when people wanted me to be somebody else
But you love me completely.

Minggu ketiga apalah sangat yang belajar. Orientasi baru habis minggu lepas. Minggu ni penuh dengan ceramah berkenaan pemilihan aliran. Jadi baru belajar chapter 1 yang most of it adalah introduction belaka. Cuma addmath baru je berkenalan dah try nak belasah aku. Kuangajo ye kau addmath. 

Lambatnya second intake. Tapi mesti dekat asrama tu lagi janggal. Yelah budak baru kan. Masuk pun lambat. Mostly pelajar asrama tu ambik KAA. Aku jelah yang tetiba aliran biasa.Itupun ibu buat rayuan supaya aku boleh ambil aliran biasa. ARAB weh! Last belajar entah bila. 

Terimbas pulak lelaki tadi. Ziyad. Hahahaha baru teringat sebab apa aku rasa macam familiar. Budak gemuk tulah. Lain benor eh kau. Kenapa orang yang dah lama aku tak jumpa selalu turn out to be super damn hot tapi aku err..... bunyi cengkerik camtu. Sama je rupa. Berubah ketinggian jelah.

Ada hikmahnya. Mungkin aku tak berubah dari segi rupa. Mungkin aku berubah dari segi sikap. Macam orang tu, rupa je berubah tapi perangai still sakai much.

Siling yang putih lagi suci itu ditenung aku lama. Kedengaran jeritan kuat dari luar.

"AAAHHHHHHHH!!!"

Aku terus berdiri dan berlari keluar dari bilik. Aku melilau mencari punca suara tersebut. Serasanya ibunya yang menjerit tadi. 

Dia menuju ke bilik ibunya.