z&n chap 5

Nadhirah melangkah keluar dari teksi selepas selesai menjelaskan bayaran teksi. Di hadapannya tersergam indah bangunan Kedutaan Malaysia London.

Dia berjalan dengan laju menuju ke pintu masuk pejabat kedutaan tersebut. Sebelum sempat dia memijak tangga yang membawanya ke pintu masuk, lengan tangannya ditarik kuat. Badannya terpusing dan hampir-hampir saja terjatuh namun tubuhnya disambut dengan tangan sama yang menariknya tadi. Perlahan-lahan tubuhnya dilepaskan.

Dia berdiri dan membetulkan bajunya. Hatinya mendongkol geram. Sebaik sahaja dia memandang gerangan manusia yang menarik lengannya dan menyebabkan dia hampir terjatuh, matanya membulat.

Lelaki yang memakai trench coat merah dan seluar jeans hitam itu hanya memandangnya. Tepat ke dasar hati.

Tapak tangannya menjadi sejuk. Bibirnya terkunci rapat.

Lelaki semalam. Lelaki yang hampir saja melakukan perbuatan terkutuk terhadap dirinya. Dia kenal sangat wajah tu. Wajah yang sama pada kad pengenalan dan gambar yang terdapat dalam dompet itu

 Dia ingat lagi sewaktu dalam teksi dia merancang untuk menghantar beg duit lelaki ini ke kedutaan Malaysia.Yelah, si Ziyad ni mesti gelabah kan, banyak benda penting dalam beg duit tu. Pastinya, tempat yang dituju adalah pejabat kedutaan Malaysia. Dia nak jumpa lelaki ini dan bagi sebijik penumbuk beserta dengan lempangan lima das. Boy, i was right! .

Tetapi sebaik sahaja dia berdiri di hadapan lelaki itu, dia terdiam seribu bahasa. Terkedu. Tak dijangka pula yang Ziyad ni memang dah tercongok depan pejabat ni.

Talk Nad, TALK!

Wajah lelaki berkulit cerah itu dipandang tajam. Ditilik perlahan lelaki itu dari wajah hinggalah ke kaki dia. Haih , berdepan dengan mamat ni, dia tak adalah nampak jahat. Pakaiannya kemas dan rambutnya di sisir rapi. 

Nadhirah menyilang kedua-dua tangannya. Meminta penjelasan.

Muka lelaki itu menggambarkan perasaan bersalah yang amat. Sebaik sahaja dia ingin membuka mulut untuk memulakan, Nadhirah pantas memotong,

"I actually wanted to make a police report on your bad behavior towards me last night, but since u left me just like that without doing anything bad to me, i want to give u a chance to bail yourself out."

"Aaa," Lelaki itu membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu. Tetapi dia kembali terdiam.
Dia menggosok rambutnya sehingga menjadi serabai. Dahinya dipicit perlahan. Wajahnya tampak kusut dan sangat bermasalah.

Masa berlalu pantas, dan lelaki itu masih lagi tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan dari mulutnya.

"Okay , im freezing tau. How about we talk about this over a cup of coffee? Much better and will make you feel more, em ,ease," kata Nadhirah sambil tersenyum sinis.

Dia memandang wajah lelaki itu. Sangat miserable. Dia geram betul, cepatlah bagi respon.. or else i will unleash my inner urge to.....

Lelaki itu memandangnya lama, masih lagi diam.

Hatinya semakin mendongkol geram. Dah kenapa diam. Kau buat salah, mintak maaf lah bongok.


"KAU NI BERCAKAP BOLEH TAK? DIAM MACAM APA JE! WOI CAT GOT UR TONGUE OR WHAT?!! IF YOU'RE NOT GOING TO SAY ANY WORD, AND KEEP ON STANDING LIKE A STATUE OVER HERE, THAT'S IT. SEE YOU IN COURT.UGHHH!" Nadhirah memaki lelaki tersebut dan tanpa berfikir panjang,dia menolak tubuh lelaki itu sehingga dia jatuh terduduk dibuatnya. Tubuh lelaki itu tidak berganjak langsung. Tak pasal-pasal dia tergolek ibarat nangka.
Yelah badannya yang sekeping nak tolak lelaki yang dua kali ganda saiznya, memang taklah.

Air muka lelaki itu berubah. Terkejut dengan perbuatan secara tiba-tiba perempuan itu . Lantas
dia menghulurkan tangan untuk menarik gadis itu bangun tetapi hulurannya dibiarkan begitu sahaja.

"Aku boleh bangun sendiri." Dia berdiri tetapi terduduk semula kerana tangannya merasa sedikit sengal akibat terlampau kuat menolak lelaki itu. Ughh, aku nak dia sakit, dah kenapa aku yang sakit pulak ni?

Lelaki itu menundukkan tubuhnya dan memandang tepat ke mata Nadhirah sambil tersenyum kecil.

"Are you okay? I'm sorry for what happened last night."

Nadhira mendengus kasar dan menggunakan segala kudrat yang ada , dia berdiri perlahan-lahan.

"Aku okay, and no im not gonna forgive u until u explain to me why u did the thing u did to me?" kata Nadhirah sambil memandang lelaki itu. Eyy muka tu tadi punya baik macam bersalah gila, sekarang boleh pulak muka rileks je? ahh menyampah tahap gaban beb.

Lelaki itu itu tidak mempedulikan pandangan Nadhirah dan hanya menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket trenh coatnya.

"You're right, im freezing to death. How about a cup of hot coffee?Much better and will make you feel more ease. Saya belanja dan bolehlah kita bincang dekat situ,"katanya sambil tersenyum.

Cey tiru ayat aku.Nadhirah menjeling lelaki itu dan terus berjalan menuju ke kafe berdekatan. Lelaki itu berjalan pantas untuk menyaingi langkah Nadhirah.

"Em, i think we should break the ice, okay my name is..."

"Ziyad. I know. I got ur wallet," katanya tanpa perasaan.

Ziyad tersenyum lebar. Dia gembira kerana perempuan itu menemukan dompetnya. dan lebih gembira kerana perempuan itu tidak terus menghantar ke balai polis tetapi sebaliknya membuat keputusan untuk menyerahkan kepada pihak kedutaan. Anddd nasib baik dia terserempak. Kalau tak apalah nasib aku..

"Reallyy? Thank God! Can i have my wallet back?"

Nadhirah tiba-tiba menghentikan langkahnya dan menyebabkan langkan Ziyad turut terhenti. Nadhirah memandang lelaki itu dengan wajah yang amat serius.

Aik tanya pasal wallet pun nak marah ke, or nak tolak aku lagi. erk..

Nadhirah menghentikan langkah bukanlah untuk memaki sekali lagi lelaki itu apatah lagi menolak lelaki itu. Dia pun penat. Tetapi, dia ingin meluahkan sesuatu yang bermain di mindanya sejak tadi.

"How do you recognize me? from the first moment i arrived in front of the office, macam mana kau tiba-tiba rasa macam 'eh nilah perempuan semalam tu'. i mean, it was dark last night. Lainlah aku, ada gambar ic kau, so i can recognize you quite easily. How do you know it was me when the first moment u saw me?"

Persoalan Nadhirah itu menyebabkan Ziyad terdiam.

How?