z&n chap 6

Hot mocha dihirup perlahan. Membasahi tekak, menghangatkan tubuh yang sejuk dalam cuaca musim salji di Kota London.

Nadhrah memerhatikan jejaka di hadapannya yang diam seribu bahasa. Hatinya mendongkol geram. Kenapa lelaki ini tidak mengucapkan sepatah perkataan langsung sebaik sahaja tiba di kafe ini. Matanya menatap tajam wajah Ziyad. Wajah itu kusut dan mengandungi sejuta makna yang tak dapat ditafsirkan.

Dia mengambil secubit scone dan menjentiknya ke Ziyad. Lantunan scone itu meyedarkan Ziyad dan dia memandang Nadhirah, tersentak dari lamunannya. Lelaki itu tersenyum kecil. The thing she does remind me of someone, someone who broke my heart..

" Hehe sorry, you look so so distracted, maybe a little scone can woke you", kata Nadhirah sambil menyuap scone ke dalam mulutnya. hmm buttery goodness.

Ziyad tersenyum dan mengambil sedikit scone lalu menyuap ke dalam mulut. Dia tidak bersedia untuk membuka mulut. Segala skrip yang telah dilatih di dalam otaknya sepanjang perjalanan mereka kafe seakan tidak berjaya diluahkan. Skrip untuk meminta maaf kepada Nadhrah bertukar menjadi senario malam kelmarin. Malam penuh sumpahan itu. Teringat dia akan wajah tunangnya, Elina, wajah mulus yang menipunya selama ini. Ziyad teringat wajah lelaki British yang membuka pintu rumah sewa Elina, menyapanya...,

"Helloo boyyyyy, berangan nasi lemak dekat Malaysia ke? i got no time to waste here okay, final project is waiting, my thesis aint gonna write itself. If you got something to say then say", marah Nadhirah. Dia paling tak suka orang buang  masanya. Time are so precious.

Ziyad memandangnya lama sebelum mengeluarkan dompetnya dan meletakkan sekeping not 50 pound ke atas meja.

"Here use this to pay the coffee." Dia kemudian bangun dan meninggalkan Nadhrah begitu sahaja.

Nadhrah tergamam dan terpinga-pinga dengan pemergian lelaki itu. Ziyad berjalan laju menuju ke pintu dan terus keluar tanpa menoleh belakang.

"What the hell?" desus hatinya. Dia pantas bangun dan cuba untuk mengejar Ziyad. Keadaan kafe yang penuh dengan pelanggan menyukarkan Nadhrah untuk keluar. Sebaik sahaja kakinya menjejak pejalan kaki di luar, Ziyad sudah tiada.

"Is he a ghost? Gone just like that? Without a single sorry and leaving money like I am that easy? Bodoh, " bebel Nadhrah sendirian.

Dia kemudian berpatah balik ke dalam kafe itu dan duduk semula ke tempatnya. Kerusi di hadapannya kosong.  Yang tinggal hanya Mocha suam dan scone yang sudah sejuk. Sekeping not 50 pound itu ditenung tajam sebelum  Nadhrah mengambilnya dan membelek duit itu.

"Might as well use it. Waitress!" Nadhrah memanggil pelayan dan memesan 2 pastri dan 3 kek untuk dibawa pulang. God knows how mad i am.

TWIST

NEW NOVEL IDEAAAA (I HAVE LOTS OF IDEA, JUST NOT ENOUGH TIME HAHA K)
*******
Raihana hanya mampu melihat lelaki itu dari jauh. Di sebalik pokok dia memerhatikan lelaki itu. Setiap langkah si dia , Raihana ekori dengan matanya. Lelaki itu nampak tergesa-gesa. Dia terus masuk ke dalam kedai DIY yang terletak bertentangan dengan tempat Raihana berlindung.
Susuk tubuh lelaki itu masih sama. Walau dari jauh, dia tetap kenal wajah itu. Wajah yang dulu dia gilakan. Wajah yang dulu selalu membuatkan hatinya debar tak berhenti.
Segala kisah mereka berdua terlayar dengan pantas diingatan. Lelaki itu dulu yang dicintai . Lelaki yang selalu dirindui. Sekarang hanyalah Lelaki yang ditakuti...
Lelaki itu menapak keluar daripada kedai hardware selepas berada di dalam selama 20 minit. Di tangannya terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menyiapkan kerjanya.
Dia berjalan menuju ke keretanya yang di letakkan betul2 berhadapan dengan kedai iitu.
Tiba2 bulu romanya berdiri tegak. Seakan ada mata yang mengekorinya. Lelaki itu rasa diperhatikan. Dia pantas mengangkat kepala dan meninjau kawasan sekililingnya. Tiada apa yang mencurigakan. Tiada siapa yang mengekorinya. Tapi andaian itu tidak melekat di hatinya 100 peratus. Dia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkannya dan terus berlalu pergi.
Sebaik sahaja kelibat kereta itu hilang ,Raihana menghembuskan nafas tanda kelegaan yang teramat. Bayangkan kalau si dia nampak, habislah. Dia takut pada sisi gelap lelaki itu.
Ingatannya pada peristiwa malam itu sangat kuat. Matanya berkaca dan tangannya digenggam kuat.
Tak mampu dia lupa setiap babak itu. Perit hanya Allah yang tahu. Untuk dia padam dari ingatan amatlah payah.
Prakk. Bunyi daun dipijak.
Raihana pusing untuk melihat siapa dibelakangnya...
Jantungnya berdegup laju .
******
Nak buat twisted punya story. Tapi tulah nak menaip tu malas yakmaatttt
Haritu buat pompuan masalah banyak.
Now laki pulak.
I love doing cheesy-misterious-humor love story.
Hope jadi kohkoh