z & n chap 2

Dia memandang siling dengan pandangan kosong. Kejadian tadi menyebabkan dia tak mampu untuk melelapkan mata dan dia masih lagi dapat menghidu bau alkohol yang melekat di tubuh lelaki itu.
Dia benci bau itu. Bau yang mengingatkan dia kepada memori lampau

"Arghhhhhh! Disgusting!" jerit Nadhirah.

Dia memusingkan tubuhnya di atas katil ke kiri dan ke kanan. Cadar katilnya tercabut dan semua bantalnya terjatuh ke atas lantai.

Tiba-tiba, pintu biliknya terbuka dan Umairah muncul di depan pintu

"People are sleeping, could you please turn down your voice ..." marah Umairah sebelum dia melihat keadaan Nadhirah yang sedang berguling-guling di atas katil di dalam biliknya yang gelap.
Umairah terus meluru kearahnya dan memegang tubuhnya bagi menghalang dirinya daripada terus berpusing.

"hey,hey, kau okey tak?"tanya Umairah sambil mengoncang perlahan tubuh Nadhirah.

Nadhirah tidak mempedulikan Umairah. Dia menolak Umairah sehinggakan tubuh Umairah tertolak ke belakang.

Umairah hanya memandang Nadhirah yang sedang merengus sambil memusing-musing tubuhnya bak cacing kepanasan. She need her medication

Dia mengambil beg laptop Nadhirah di tepi katil dan menyelongkar beg tersebut untuk mencari ubat Nadhirah. Kebiasaannya Nadhirah akan menyimpan satu palet kecil ubat di dalam beg duitnya dan kebanyakkan barang-barang peribadinya disumbat dalam beg laptop tersebut
'haih banyak betul barang minah ni' getus Umairah

Tiba-tiba dia terpegang sesuatu . Dompet? Dia mengeluarkan dompet yang diperbuat daripada kulit itu dan memikirkan sesuatu.

'Nadhirah won't be wearing this kind of wallet,'teka Umairah sendiri.

Dia ingin melihat isi dompet tersebut dan..

"PAP!" Dompet itu terjatuh ke atas lantai.
Dia memandang Nadhirah yang sedang merenungnya dengan pandangan yang amat tajam sekali.
Jantungnya berdegup kencang. Well i wasn't expecting this.

"Don't you ever touch my stuff without my permission. Ever again!" Tengkingan itu menyebabkan Umairah terus berundur perlahan-lahan keluar dari bilik dan menutup pintu bilik itu perlahan-lahan.

Dia melekapkan telingannya dipintu dan kedengaran esakan halus berserta bunyi barang dicampak ke atas lantai.

Heh, not again..

Dia mengeluh perlahan lalu berjalan perlahan menuju ke sofa di ruang tamu kecil apartmen yang disewa oleh mereka berdua dan menghenyakkan punggungnya di atas sofa tersebut.

Jam di dinding menunjukkan 10.30 malam. Very early for student like me to sleep.

Dia berasa bosan. Yelah kawan yang ada pun, tak berapa nak betul untuk di ajak berborak. Umairah memandang pintu bilik yang terbuka luas di tepinya.Kosong. Dulu bilik itu dihuni oleh Marzia, gadis yang berasal dari Jerman. Walaupun mereka berlainan bangsa dan agama, tetapi Marzia merupakan gadis yang boleh dibawa berborak. Tetapi disebabkan Nadhirah yang selalu meracau dan mengamuk tidak tentu masa, menyebabkan gadis itu mengambil keputusan untuk berpindah. Sejak dari itu, tiada siapa yang menghuni bilik itu lagi.

Nadhirah, you're a curse.

Dia mendengus perlahan lalu mengeluarkan telefon dari poketnya dan menelefon seseorang.

"Helo, Dr.Zara, can I talk to you for a while?"


********

Air matanya mengalir perlahan. Hatinya dipagut rasa resah, gelisah, tidak tenteram dan perasaannya bercampur baur. Bau alkohol itu cukup menyiksannya. Memori silam datang bertalu-talu. Mengetuk pintu hatinya meminta untuk sentiasa dikenang dan diingati.

F*ck myself!
I don't want to be like this. I don't want to live in this eccentric life. Unwanted and weird. 

"AGH!"

Nadhirah mengambil bantal lalu mencampaknya kearah meja belajarnya dan menyebabkan sesuatu terjatuh.


Sob.. sob..

Hatinya ikut menangis.

Kenapa aku lemah sangat!! Patutnya aku lebih kuat sekarang. Benda itu dah lama berlalu. Don't dwell in past Nadhirah or you will end up in an asylum again.

 Dia menarik nafas perlahan-lahan dan menghembusnya sebanyak tiga kali. Teknik terapi jika dia rasa tertekan.
Dan salah satu teknik terapi yang diajarnya lagi adalah , jika kita mempunyai masalah cari seseorang untuk dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan.

Well, I need to say sorry to Umairah for behaving very badly towards her just now. Boleh jugak cerita pasal tadi.

Dia berjalan perlahan-lahan menuju pintu dan membukanya. Dia terdengar suara orang berborak. Langkahnya terhenti. Dia memandang Umairah yang sedang duduk di atas sofa membelakanginya.

It seems that Umairah is talking on the phone.

Dia melangkah setapak ke hadapan dan ...

"I just don't know , doc. I cannot stand her constant yelling and damaging her stuff.. hmm.. Yeah I know i know, i should be patient with her but aghhh doc, this women is driving me nuts!"

Air matanya menitik tanpa disedari apabila dia mendengar kawannya sendiri berkata begitu.

"Did she took her medication? How the hell i would know? Gahh, you know her better. She thinks she's okay but she is not okay!" marah Umairah lagi.

Nadhirah masuk semula kedalam biliknya dan menutup pintu itu perlahan-lahan. Dia menyandarkan tubuhnya ke pintu dan menangis teresak-esak.

Kalau kawannya sendiri dah tidak tahan dengan perangainnya, siapa lagi yang nak ambil berat?
Dia sentiasa menganggap dirinya satu bebanan kepada orang lain. Yelah gila, tak betul, menjerit tak tentu hala.

Hahaha im just a trash that nobody wants. Well, you see Nadhirah, you really need a punishment after what you did that drives Umairah crazy. 

Dia menuju ke bilik air dan mengambil pisau cukur di dalam rak kecil di dalam bilik airnya.
Dia kemudiannya duduk di satu sudut kecil di dalam biliknya dan memandang sekeliling.

Mata pisau cukur yang tajam itu menari-nari diatas kulitnya. 

SLASH!
SLASH!

Pergelangan tangannya kini dihiasi dengan warna merah pekat. Warna kegemarannya.


That's gonna leave a mark. 




z & n chap 1

Nadhirah berjalan perlahan-lahan menelusuri lorong gelap di celahan kedai di kota London. Biasanya pada waktu senja kebanyakkan kedai akan ditutup kecuali bar-bar dan kelab malam.

"Brrrrr..!"

Nadhirah memeluk tubuhnya yang menggigil akibat kedinginan yang melampau. Jubah dan trench coat yang membaluti tubuhnya tidak mampu untuk melindunginya dari angin Disember kota London.
Tudungnya yang senget ditiup angin dibetulkan. Hatinya berdebar-debar. Tapi dia masih lagi okay. Baru dua hari je dia tak makan ub...
BANG!

"Haaaaaaaaaaaaah!!"
Dia melompat dan menjerit sambil menekup telinganya.Perlahan-lahan, dia memandang ke belakang dan yang dia lihat hanyalah tong sampah yang sudah terbalik. Terdapat seekor kucing sedang mengais-ngais isi sampah tersebut.

'Haip kucing ni, sikit lagi aku nak bukak silat gayung taekwando karate semua', getus Nadhirah.

Dia kembali meneruskan langkahnya tetapi dengan kadar yang lebih perlahan. Badannya sudah terlampau penat. Menyiapkan projek tahun akhirnya sebagai pelajar International Business di London School of Business and Finance bukanlah mudah. Berat badannya turun dengan mendadak dan dia tidak mempunyai selera kerana terlampau risau dengan projeknya. Dia mahu mendapatkan first class degree dan menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana.

Perjalanan pulang ke rumah sewanya dari tempat belajar mengambil masa lebih kurang 20 minit jika dia menumpang kereta kawannya, Umairah. Tapi, dah dia perlu menyiapkan projeknya di perpustakaan, terpaksa dia berjalan kaki pulang dan masa yang diambil untuk tiba ke rumah sewanya adalah lebih lambat,Teksi pula bukannlah satu pilihan kegemarannya kerana dia kesempitan wang berikutan sikapnya yang terlalu boros berbelanja ketika 'Black Friday' minggu lepas.
Beep! Dia mengeluarkan telefon daripada poketnya.
Nadhirah berjalan perlahan sambil melihat mesej di telefonnya.

"Where r u?"- Umairah

"Around  Great Bridgewater St"- Nad

"Be careful. Walk fast"-Umairah

"K."-Nad

Dia meneruskan perjalanannya dan malas mahu membaca mesej yang dibalas oleh Umairah.
Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki terhuyung-hayang berjalan kearah yang bertentangan dengannya. Dia berhenti dan mahu berpatah balik. Tetapi untuk berpatah balik, dia sudah berjalan terlalu jauh. Dia mengambil keputusan untuk berjalan terus dan berdoa semoga Allah sentiasa melindunginya.
Jarak dia dan lelaki itu semakin dekat. Lelaki itu sedang bercakap sesuatu yang tidak difahaminya. Orang  mabuk sememangnya begitu. Dia memandang lelaki tersebut. Pakaiannya tampak kemas tetapi rambutnya agak serabai seperti tidak bersikat langsung. Namun keadaan kawasan itu yang terlampau gelap dan hanya diterangi cahaya lampu jalan yang malap menyukarkan dia untuk mengenalpasti wajah lelaki itu. Apa yang pasti dia amat takut dan berharap semoga lelaki itu tidak ambil kisah mengenai kehadirannya di situ.

Hatinya berdetak laju. Nadhirah semakin lama semakin dekat dengan lelaki tersebut dan fuhhh,
akhirnya dia berjaya berjalan melepasi lelaki tersebut.

Dia terus berjalan dengan laju. Dia bersyukur kerana dia tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut.
Nadhirah melihat jam di tangannya dan..

AHHHHHHHHHHH!!

Tubuhnya dipeluk daripada belakang dan beg laptopnya terjatuh ke atas jalan. Dia menjerit dan cuba untuk melepaskan diri.
"Let me go you fool! ahhhhhhhhhh!! Someone please help me!!" Nadhirah menjerit kuat.

"My love, what are you doing here late at night? Only prostitute stayed up this late at a dark alley like this," bisiknya di telinga aku.

Nadhirah cuba untuk melepaskan diri daripada pelukan lelaki itu tetapi malangnya dia tidak mampu kerana tubuhnya sudah terlalu letih. Kekuatan lelaki itu juga amat luar biasa dengan bantuan alkohol yang mengalir di dalam tubuhnya.

"Arghhh let me go,please. I will i give anything you want, just please let me go," Nadhirah merayu perlahan. Bau alkohol menguasai rongga pernafasannya. Dia takut. Dia risau.

"Ahh girls and their sweet words. What are you thinking? Cheating on me so easily after 5 years of a blessed relationship!??! " jerkahnya kuat menyebabkan Nadhirah tersentak dan air matanya menitik tanpa disedari.

Apa salahnya? Jikalau lelaki itu marah kepada pasangannya, bukan dia tempat untuk lelaki itu melepaskan amarahnya. Bukan dia! Cukuplah hidupnya terumbang-ambing. Dirinya hanya mempunyai dua benda berharga. Maruah dan agama. Jika salah satu diambil, apa lagi yang tinggal.

"I don't know who you are, but if you have a problem i will try to solve it. But please just let me go, will ya?" rayu Nadhirah perlahan.

Lelaki itu tiba-tiba terdiam. Pernafasannya juga lebih teratur. Dia melepaskan pelukannya perlahan-lahan.
Nadhirah mengambil peluang untuk melarikan diri. Dia menolak lelaki tersebut dan melarikan dirinya.Biarlah beg laptopnya itu. Laptop boleh dibeli, tetapi nyawanya tiada ganti.

Lelaki itu mendengus marah dan melepaskan jeritan amarahnya.
"YOU LIE TO ME !!!!!!" lelaki itu menjerit kuat dan mengejar Nadhirah.

Nadhirah berlari dengan pantas dan menggunakan seluruh sisa tenaganya yang ada untuk melarikan diri. Tetapi kepantansannya dapat disaingi oleh lelaki tersebut. Lelaki itu menahannya daripada hadapan dan menolaknya ke atas jalan raya. Badannya menghimpap jalan raya dan tulangnya seakan-akan retak seribu.Tubuh Nadhirah terlalu sakit untuk bangun disebabkan hentakan yang terlampau kuat. Dia memandang ke atas dan dan yang dia nampak hanyalah senyuman jahat lelaki itu. Lelaki itu menghimpapnya perlahan dan kali ini wajah Nadhirah dan lelaki itu hanya lebih kurang seinci sahaja jaraknya. Nadhirah dapat menghidu bau kuat alkohol yang dihembus keluar dari bibir lelaki tersebut.
Dia memalingkan wajahnya daripada memandang lelaki itu. Jijik. Jijik sekali.

"Don't you dare to look away from me!" jeritnya kuat sambil memegang wajah Nadhirah dan memaksa Nadhirah untuk memandang wajahnya.

Nadhirah memandang tepat mata lelaki tersebut. Mata hazel lelaki itu merah dan berair. Dia merenung dengan renungan penuh kesayuan mengharapkan lelaki itu memberikan sedikit rasa simpati. Dia tidak layak untuk diperlakukan begini

Tetapi,mungkin ini balasan atas dosa-dosanya yang lalu. Mungkin inilah akibat yang menimpanya. Dia redha jika perlakuan lelaki ini akan menghapuskan dosa silamnya, dia pasrah

"Allah.." sebut Nadhirah perlahan lalu menutup matanya. Hatinya pasrah.

Lelaki itu tersentak.Pantulan nama yang Maha Agung lagi Maha Menguasai sayup kedengaran di telinganya. Perlahan-lahan dia sedar dari penguasaan air kencing iblis itu dan melihat satu wajah yang tidak dikenalinya begitu dekat dengan wajahnya. Siapa wanita bertudung ini? What did I do?
I, I...

Lelaki itu bangun perlahan-lahan dan terus meninggalkan perempuan itu. Dia berlari tanpa arah tuju. Dia di mana? Mengapa tubuhnya berada di atas wanita itu? Apa yang dia cuba buat?

Nadhirah membuka matanya perlahan-lahan . Beban yang menghimpapnya tiba-tiba hilang. Yang dia dengar hanyalah bunyi tapak kasut yang semakin menjauh.

Dia berdiri dan mengibas bajunya. Nadhirah merasa pelik. Mengapa lelaki itu terus berlalu pergi?

Dia berjalan semula ke tempat di mana beg laptopnya jatuh. Walaupun dia risau sekiranya lelaki itu kembali, tetapi dia gagahkan diri juga untuk mengambil semula begnya yang mengandungi pelbagai benda berharga. Ubatnya yang paling penting.

Apabila dia tunduk untuk mengutip beg tersebut, terdapat sebuah dompet di sebelahnya. Dia mengutip lalu melihat isinnya untuk mengetahui siapakah gerangan manusia yang menyerangnya tadi

Apa yang dia lihat amatlah mengejutkan.

"Ziyad Abdullah bin Hanif Abdullah"

He's a muslim? And the identification card belongs to a Malaysian!




peace!

Assalamuaalaikum to all readers

Sebelum ni aku ada tulis novel about nadhirah and ziyad.the story set place in warwickshire, uk where nadhirah studied there.

Tapi novel tu hilang. Aku rasa hilang dekat asrama puteri smk raja ali (mention habes)
makcik cleaner kot baca. harap makcik bersabar dengan kejiwangan tahap gaban saya. Darah muda yang gedik dan poyo biasalah.
Tapi kalau warden baca. okay my life is finish

watever. insyallah saya keluarkan sebijik novel, harap beli.
                                                                                                                                                                   

Nadhirah-

Aku terfikir. Apa tujuan aku berada di atas muka bumi ini. Allah ciptakan aku atas dasar apa? Tapi bila difikir balik, aku ingin melempang muka sendiri. Aku diciptakan untuk beribadah kepada-Nya.
Aku dicipta untuk menyebarkan dakwahnya. Membina sebuah ummah yang gemilang.

Ummah yang gemilang datang dari sebuah keluarga yang hebat. Tetapi aku dah tinggalkan keluarga aku. Keluarga yang bakal dibina itu aku biar tanpa pasak yang kukuh. Mungkin roboh. Tak mungkin keluarga dapat dibina jika hanya satu tiang yang menyokong. Tak mungkin. Maafkanku.You get it, right?

Aku menendang batu yang berada dihadapanku. Taman bunga di kota London ini amat sunyi. Hanya ada beberapa orang yang sedang berjoging. Tiada yang mempedulikan aku.
Ada yang mempedulikan aku  di Malaysia sana. Amat peduli. Aku yang tolak dan tepis. Well i'm good at pretending and acting

"Why did you that?" tanya dia.
"To punish myself. To wake me up from this beautiful silly dream. To remind me that i killed them. I can't kill myself because i am not strong enough but i am strong enough to hurt myself. Every inch of water that touch the burning scar reminds me of the burning house. The blood that pouring out from the deep wound inside my skin reminds me of blood drooling out from her womb," kata aku perlahan.
Dia menggenggam tangan aku perlahan. 
"You said there is Allah. You said someone created you for a reason. Ada sebab kenapa awak diciptakan dan sebab berlakunya sesuatu. Awak tak pinta untuk lahir begini. Itu takdir Allah yang mengandungi sejuta hikmah. You told me to go back to the Creator. Back to the one who created us.Dalam perjalanan menuju ke jalan redha-Nya, awak mesti ada di sisi saya. Awak beri saya cahaya tapi awak sendiri kegelapan. Ujian dan masalah yang diberi bukan untuk menyiksa awak tetapi untuk awak kembali kepada-Nya. You cannot erase the past, but you can always forget it. Move on. Awak tak boleh hukum diri sendiri, yang hanya boleh hukum ialah Allah Subhanuwataala. Awak kata dekat saya waktu zaman gelap saya dulu, 'Taubat Nasuha akan membersihkan diri kita dari dosa-dosa' tapi sekarang awak tak aplikasikan benda tu pada diri awak. Taubat nasuha yang akan menghapuskan dosa awak, dengan izin Allah. Dengan cara awak menyiksa diri sendiri, bukannya dosa awak akan terhapus bahkan membuat Allah murka pada awak.
I certainly cannot change you, but i will always pray for you in every prayer. I don't want to see you hurts because i can feel it. Why? Because you are part of me," katanya perlahan di telinga aku.
Air mata aku mengalir perlahan. Aku tersedar. Aku menasihatkan dia tapi diri aku sendiri terkapai tiada tali untuk dipegang. Aku menarik tangan aku daripada genggamannya tapi dia menarik semula tangan aku dan memeluk aku erat. 

"Let me hug you and make you feel loved. Allah loves you. Allah loves you. I Love you. Umairah loves you. All the oxygen you breathe in, all beautiful clothes you are wearing, all food and drinks that has been into your stomach is the sign Allah loves you. He cares and never leave you. But human always leave Him. Buka hati awak dan jangan biar ditutup dengan kesedihan dan kebencian. You deserve to be loved,"katanya sambil mengusap dahi rambut aku.
Airmata aku makin deras mengalir. Bodoh dan lemahnya diri aku.
"Saya nak ambik wuduk," kata aku padanya.

Tapi hati aku yang dalam proses pemulihan ini dihancurkan sekali lagi apabila terdengar kata pedas Puan Marina.
"That baby carried in her stomach must have been infected by her disease. I will never touch the baby. euuuww. Killer blood," katanya sambil memandang aku sinis.
Itu masa silam aku dan penyakit yang dihidapi aku ini memang tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Jikalau  anak aku tertakdir untuk menghidapi penyakit yang sama, adakah aku patut bunuh anak itu? Tak, sebab dia adalah anugerah Allah yang terindah. Dia mungkin sakit tapi dia layak untuk hidup macam manusia biasa.
Tapi dia takkan mungkin lahir di atas muka bumi ini.
Sebab dia sudah tiada di dalam rahim aku. Dia pergi jauh di atas sana.

Wait for me, honey. Wait.

                                                                                                                                                          

Ziyad-


"i hope that this is not the last dishes i will be cooking for you.  the news send a shock to my system and my body cannot handle it well. I need to find a place to think and rebuild a new self. The place is not here. Please forgive me and pray the best for me.The word you have been longing to hear: I LOVE YOU.                                                                                                                         Yours truly,                                                                                                                      Nur Nadhirah"

Nota yang ditulis dia atas sekeping kad bewarna biru pekat ditulis cantik dengan tulisan berangkai.. Ternampak tompokan cairan dakwat disebabkan air diatas kad itu. Air mata mungkin?

"I AM SO STUPID FOR BELIEVING HER! AGHHHHHHHHH!" Ziyad menjerit diruang makan lalu memijak kad tersebut di atas lantai. Hadiah jam tangan berjenama Piaget serta sejambak ros di campak ke atas lantai.Lauk pauk di atas meja itu ditolak jatuh ke atas lantai. 
Rumah itu bingit sebentar dengan bunyi kaca pecah . Lauk masak lemak udang membanjiri lantai dicampur dengan kentang sambal. Air oren membasahi lantai.
Semuanya atas lantai senang cerita.

My brain is far more messier than those mess on the floor

Panggilan petang tadi merupakan satu perangkap supaya dia pulang lambat. Dia percaya sepenuh hati. Isterinya yang sebelum ini kemurungan kerana keguguran kini kembali ceria. Suara di telefon itu menjelaskan segala-galanya. Tetapi dia tidak menyangka itu adalah dusta belaka. 

"Awak balik lambat sikit eh malam ni. I got a surprise for you. Nak prepare lama so awak kena balik lambat tau," kata Nadhirah dengan manja

Surprise takkan jadi surpriselah kalau bagitahu. Lawak betul bini aku ni. Tapi sebab sayang dia ikutlah kemahuan isterinya. Dia meluangkan masa lepas kerjanya di KLCC bagi mencari hadiah untuknya. Comeback gift. Sejambak ros segar dibeli. Walaupun dompetnya mungkin sedikit kopak tapi sekali sekala berkorban untuk orang tersayang, tidak terasa pun kekurangan duitnya.

Kemudian dia menunaikan solat Maghrib di Masjid Wilayah sebelum pulang ke rumahnya di Mont Kiara. Dia membawa Honda Citynya dengan laju sekali. Kondonya melambai daripada jauh, menggamitnya pulang.

Sesampainya di hadapan pintu rumah, dapurnya nampak gelap daripad tingkap di bahagian hadapan rumah.
Dia mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Ziyad memandang rak kasut dan melihat sandal yang biasa dipakai Nadhirah tiada di situ. Dia membuka pintu menggunakan kuncinya dan meluru masuk ke dalam rumah. Keadaanya rumah amat gelap kecuali ruang makan yang terdapat satu lampu terpasang. Terdapat saji yang menutup makanan yang terhidang dan di atas saji itu terdapat kad tertampal.


What did i do wrong Nadhirah? Dia meraup wajahnya. Air yang mencurahi tubuhnya tidak dapat menyejukkan jiwanya sedang membara ini.

Wajah isterinya dalam dua bulan ini nampak kusut, tiada perasaan dan hanya termenung. 
Dia mengharapkan hari ini merupakan titik perubahan isterinya. Tetapi dia tak menyangka perubahan isterinya, menghancurkan hatinya. Where are you?

Ziyad menghamparkan sejadah dan menunaikan solat isyak disertai dengan solat taubat. Memohon kepada Allah, memberi petunjuk padanya dan meminta keampunan kepada-Nya. Mungkin ini kifarah dosa yang dilakukan sebelum ini. Allah menguji keimanannya melalui Nadhirah. Menguji kesetiannya sebagai seorang hamba melalui Nadhirah. 
Dia tidak mampu mengubah Nadhirah. Dia mampu mengubah dirinya sendiri. Yang dia mampu adalah membantu dan menyokong Nadhirah dari belakang.

Pertemuannya dengan Nadhirah memutar hidupnya 360 darjah...

Dia mencapai kertas yang tertampal di meja solek.  Pastinya kertas itu dituju buat dirinya.Kertas itu berbau minyak wangi yang biasa dipakai Nadhirah. Hatinya pedih membaca bait-bait lirik di atas kertas itu


there's a place that I know
It's not pretty there and few have ever gone
If I show it to you now
Will it make you run away?

Or will you stay
Even if it hurts
Even if I try to push you out
Will you return?
And remind me who I really am
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Like a diamond
From black dust
It's hard to know
What can become
If you give up
So don't give up on me
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Don't run away
Don't run away
Just tell me that you will stay
Promise me you will stay

  Promise me you will stay, okay? When i come back, you will welcome me with open hands and heart full of love-N 
I promise, honey. I promise


                                                                                                                                                              

Ya aku tahu excerpt nya amat geli dan jiwang. Im so sorry i just cannot help it. Dah lama teringin nak guna lirik lagu dark side tu dalam novel aku. YES!! success meletakkannya.

Nantikan bab pertama okay.