z & n chap 1

Nadhirah berjalan perlahan-lahan menelusuri lorong gelap di celahan kedai di kota London. Biasanya pada waktu senja kebanyakkan kedai akan ditutup kecuali bar-bar dan kelab malam.

"Brrrrr..!"

Nadhirah memeluk tubuhnya yang menggigil akibat kedinginan yang melampau. Jubah dan trench coat yang membaluti tubuhnya tidak mampu untuk melindunginya dari angin Disember kota London.
Tudungnya yang senget ditiup angin dibetulkan. Hatinya berdebar-debar. Tapi dia masih lagi okay. Baru dua hari je dia tak makan ub...
BANG!

"Haaaaaaaaaaaaah!!"
Dia melompat dan menjerit sambil menekup telinganya.Perlahan-lahan, dia memandang ke belakang dan yang dia lihat hanyalah tong sampah yang sudah terbalik. Terdapat seekor kucing sedang mengais-ngais isi sampah tersebut.

'Haip kucing ni, sikit lagi aku nak bukak silat gayung taekwando karate semua', getus Nadhirah.

Dia kembali meneruskan langkahnya tetapi dengan kadar yang lebih perlahan. Badannya sudah terlampau penat. Menyiapkan projek tahun akhirnya sebagai pelajar International Business di London School of Business and Finance bukanlah mudah. Berat badannya turun dengan mendadak dan dia tidak mempunyai selera kerana terlampau risau dengan projeknya. Dia mahu mendapatkan first class degree dan menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana.

Perjalanan pulang ke rumah sewanya dari tempat belajar mengambil masa lebih kurang 20 minit jika dia menumpang kereta kawannya, Umairah. Tapi, dah dia perlu menyiapkan projeknya di perpustakaan, terpaksa dia berjalan kaki pulang dan masa yang diambil untuk tiba ke rumah sewanya adalah lebih lambat,Teksi pula bukannlah satu pilihan kegemarannya kerana dia kesempitan wang berikutan sikapnya yang terlalu boros berbelanja ketika 'Black Friday' minggu lepas.
Beep! Dia mengeluarkan telefon daripada poketnya.
Nadhirah berjalan perlahan sambil melihat mesej di telefonnya.

"Where r u?"- Umairah

"Around  Great Bridgewater St"- Nad

"Be careful. Walk fast"-Umairah

"K."-Nad

Dia meneruskan perjalanannya dan malas mahu membaca mesej yang dibalas oleh Umairah.
Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki terhuyung-hayang berjalan kearah yang bertentangan dengannya. Dia berhenti dan mahu berpatah balik. Tetapi untuk berpatah balik, dia sudah berjalan terlalu jauh. Dia mengambil keputusan untuk berjalan terus dan berdoa semoga Allah sentiasa melindunginya.
Jarak dia dan lelaki itu semakin dekat. Lelaki itu sedang bercakap sesuatu yang tidak difahaminya. Orang  mabuk sememangnya begitu. Dia memandang lelaki tersebut. Pakaiannya tampak kemas tetapi rambutnya agak serabai seperti tidak bersikat langsung. Namun keadaan kawasan itu yang terlampau gelap dan hanya diterangi cahaya lampu jalan yang malap menyukarkan dia untuk mengenalpasti wajah lelaki itu. Apa yang pasti dia amat takut dan berharap semoga lelaki itu tidak ambil kisah mengenai kehadirannya di situ.

Hatinya berdetak laju. Nadhirah semakin lama semakin dekat dengan lelaki tersebut dan fuhhh,
akhirnya dia berjaya berjalan melepasi lelaki tersebut.

Dia terus berjalan dengan laju. Dia bersyukur kerana dia tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut.
Nadhirah melihat jam di tangannya dan..

AHHHHHHHHHHH!!

Tubuhnya dipeluk daripada belakang dan beg laptopnya terjatuh ke atas jalan. Dia menjerit dan cuba untuk melepaskan diri.
"Let me go you fool! ahhhhhhhhhh!! Someone please help me!!" Nadhirah menjerit kuat.

"My love, what are you doing here late at night? Only prostitute stayed up this late at a dark alley like this," bisiknya di telinga aku.

Nadhirah cuba untuk melepaskan diri daripada pelukan lelaki itu tetapi malangnya dia tidak mampu kerana tubuhnya sudah terlalu letih. Kekuatan lelaki itu juga amat luar biasa dengan bantuan alkohol yang mengalir di dalam tubuhnya.

"Arghhh let me go,please. I will i give anything you want, just please let me go," Nadhirah merayu perlahan. Bau alkohol menguasai rongga pernafasannya. Dia takut. Dia risau.

"Ahh girls and their sweet words. What are you thinking? Cheating on me so easily after 5 years of a blessed relationship!??! " jerkahnya kuat menyebabkan Nadhirah tersentak dan air matanya menitik tanpa disedari.

Apa salahnya? Jikalau lelaki itu marah kepada pasangannya, bukan dia tempat untuk lelaki itu melepaskan amarahnya. Bukan dia! Cukuplah hidupnya terumbang-ambing. Dirinya hanya mempunyai dua benda berharga. Maruah dan agama. Jika salah satu diambil, apa lagi yang tinggal.

"I don't know who you are, but if you have a problem i will try to solve it. But please just let me go, will ya?" rayu Nadhirah perlahan.

Lelaki itu tiba-tiba terdiam. Pernafasannya juga lebih teratur. Dia melepaskan pelukannya perlahan-lahan.
Nadhirah mengambil peluang untuk melarikan diri. Dia menolak lelaki tersebut dan melarikan dirinya.Biarlah beg laptopnya itu. Laptop boleh dibeli, tetapi nyawanya tiada ganti.

Lelaki itu mendengus marah dan melepaskan jeritan amarahnya.
"YOU LIE TO ME !!!!!!" lelaki itu menjerit kuat dan mengejar Nadhirah.

Nadhirah berlari dengan pantas dan menggunakan seluruh sisa tenaganya yang ada untuk melarikan diri. Tetapi kepantansannya dapat disaingi oleh lelaki tersebut. Lelaki itu menahannya daripada hadapan dan menolaknya ke atas jalan raya. Badannya menghimpap jalan raya dan tulangnya seakan-akan retak seribu.Tubuh Nadhirah terlalu sakit untuk bangun disebabkan hentakan yang terlampau kuat. Dia memandang ke atas dan dan yang dia nampak hanyalah senyuman jahat lelaki itu. Lelaki itu menghimpapnya perlahan dan kali ini wajah Nadhirah dan lelaki itu hanya lebih kurang seinci sahaja jaraknya. Nadhirah dapat menghidu bau kuat alkohol yang dihembus keluar dari bibir lelaki tersebut.
Dia memalingkan wajahnya daripada memandang lelaki itu. Jijik. Jijik sekali.

"Don't you dare to look away from me!" jeritnya kuat sambil memegang wajah Nadhirah dan memaksa Nadhirah untuk memandang wajahnya.

Nadhirah memandang tepat mata lelaki tersebut. Mata hazel lelaki itu merah dan berair. Dia merenung dengan renungan penuh kesayuan mengharapkan lelaki itu memberikan sedikit rasa simpati. Dia tidak layak untuk diperlakukan begini

Tetapi,mungkin ini balasan atas dosa-dosanya yang lalu. Mungkin inilah akibat yang menimpanya. Dia redha jika perlakuan lelaki ini akan menghapuskan dosa silamnya, dia pasrah

"Allah.." sebut Nadhirah perlahan lalu menutup matanya. Hatinya pasrah.

Lelaki itu tersentak.Pantulan nama yang Maha Agung lagi Maha Menguasai sayup kedengaran di telinganya. Perlahan-lahan dia sedar dari penguasaan air kencing iblis itu dan melihat satu wajah yang tidak dikenalinya begitu dekat dengan wajahnya. Siapa wanita bertudung ini? What did I do?
I, I...

Lelaki itu bangun perlahan-lahan dan terus meninggalkan perempuan itu. Dia berlari tanpa arah tuju. Dia di mana? Mengapa tubuhnya berada di atas wanita itu? Apa yang dia cuba buat?

Nadhirah membuka matanya perlahan-lahan . Beban yang menghimpapnya tiba-tiba hilang. Yang dia dengar hanyalah bunyi tapak kasut yang semakin menjauh.

Dia berdiri dan mengibas bajunya. Nadhirah merasa pelik. Mengapa lelaki itu terus berlalu pergi?

Dia berjalan semula ke tempat di mana beg laptopnya jatuh. Walaupun dia risau sekiranya lelaki itu kembali, tetapi dia gagahkan diri juga untuk mengambil semula begnya yang mengandungi pelbagai benda berharga. Ubatnya yang paling penting.

Apabila dia tunduk untuk mengutip beg tersebut, terdapat sebuah dompet di sebelahnya. Dia mengutip lalu melihat isinnya untuk mengetahui siapakah gerangan manusia yang menyerangnya tadi

Apa yang dia lihat amatlah mengejutkan.

"Ziyad Abdullah bin Hanif Abdullah"

He's a muslim? And the identification card belongs to a Malaysian!