TWIST

NEW NOVEL IDEAAAA (I HAVE LOTS OF IDEA, JUST NOT ENOUGH TIME HAHA K)
*******
Raihana hanya mampu melihat lelaki itu dari jauh. Di sebalik pokok dia memerhatikan lelaki itu. Setiap langkah si dia , Raihana ekori dengan matanya. Lelaki itu nampak tergesa-gesa. Dia terus masuk ke dalam kedai DIY yang terletak bertentangan dengan tempat Raihana berlindung.
Susuk tubuh lelaki itu masih sama. Walau dari jauh, dia tetap kenal wajah itu. Wajah yang dulu dia gilakan. Wajah yang dulu selalu membuatkan hatinya debar tak berhenti.
Segala kisah mereka berdua terlayar dengan pantas diingatan. Lelaki itu dulu yang dicintai . Lelaki yang selalu dirindui. Sekarang hanyalah Lelaki yang ditakuti...
Lelaki itu menapak keluar daripada kedai hardware selepas berada di dalam selama 20 minit. Di tangannya terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menyiapkan kerjanya.
Dia berjalan menuju ke keretanya yang di letakkan betul2 berhadapan dengan kedai iitu.
Tiba2 bulu romanya berdiri tegak. Seakan ada mata yang mengekorinya. Lelaki itu rasa diperhatikan. Dia pantas mengangkat kepala dan meninjau kawasan sekililingnya. Tiada apa yang mencurigakan. Tiada siapa yang mengekorinya. Tapi andaian itu tidak melekat di hatinya 100 peratus. Dia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkannya dan terus berlalu pergi.
Sebaik sahaja kelibat kereta itu hilang ,Raihana menghembuskan nafas tanda kelegaan yang teramat. Bayangkan kalau si dia nampak, habislah. Dia takut pada sisi gelap lelaki itu.
Ingatannya pada peristiwa malam itu sangat kuat. Matanya berkaca dan tangannya digenggam kuat.
Tak mampu dia lupa setiap babak itu. Perit hanya Allah yang tahu. Untuk dia padam dari ingatan amatlah payah.
Prakk. Bunyi daun dipijak.
Raihana pusing untuk melihat siapa dibelakangnya...
Jantungnya berdegup laju .
******
Nak buat twisted punya story. Tapi tulah nak menaip tu malas yakmaatttt
Haritu buat pompuan masalah banyak.
Now laki pulak.
I love doing cheesy-misterious-humor love story.
Hope jadi kohkoh

No comments: