BAB 3

Dia menggosok misainya perlahan-lahan. Inilah pertama kali dalam sejarah hidup aku, ditahan seorang cikgu disiplin ala-ala sarjan. Misainya melentiknya, ya ampon. Nak nangis aku. Kesalahan aku tak ada lah berat mana. Lambat je . Bukan ponteng or anything else that involves third or second person. Jenayah yang boleh dimaafkan walaupun aku tahu kesalahan ponteng boleh memburukkan rekod disiplin aku memandangkan aku SPM. Alah kawtim eh?
Aku memerhatikan pak cik sarjan , tu duk mundar mandir dalam bilik disiplin ini sambil gosok misainya. Amboi bang cukup lentik dah tu! Tapi aku pelik, international school sepatutnya , at least cikgu orang luar negara ke or somebody else, but not this pakcik sarjan...

"Awak dah fikir apa kesalahan awak?" Suara pakcik itu memecahkan kebisuan yang melanda. Ohoh, suara garau. Takut ai!

"Yeah, i'm sorry,i was late. But i have reason for that," kata aku perlahan.
Kedengaran keluhan terkeluar dari bibirnya. Dia berpusing mengadap aku. Aku yang sedang berdiri berasa seram sejuk dan hanya menunduk.

"Nilaj masalah anak-anak yang diletakkan di bawah jagaan international school. Bahasa ibunda pun dah dilupakan. Huh!"
Ayatnya seakan-akan mengeluh dan menyindir dalam masa yang sama. Pakcik sarjan ni nampak macam berpengalaman luas dalam masalah ini.

"I know you feel weird. Uncomfortable at the same time. Usually , kids who make trouble, are not like you. I mean your cloth and your manners, i should say, budak nakal je yang selalu create trouble. Yang over spoil rich type. Suka hati mak bapak datang pukul berapa. Awak datang terkocoh-kocoh dengan menunggang basikal. Nampak macam bukan sengaja nak datang lambat.Lepas tu awak ni, pakai tudung ala-ala tudung labuh and baju kurung rasmi sekolah. Girls here, prefer skirt and shirts. You're different. Tak sangka pulak boleh ada budak gaya macam ni."

Dia memandang aku lama. I'm speechless. Is that a compliment? Aku pun konfius. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, dia ni seorang yang nampak garang tapi mempunyai hati yang baik .

Banyak soalan yang aku nak tanya. Adakah aku satu-satunya spesis pakai tudung labuh dekat sekolah ni? Kenapa pakcik ni nampak macam A.Galak from Gerak Khas? Sumpah aku baru nak mintak autograph. Lagi satu, gaya dia macam pak guard je, cuma yang membezakan dia pakai kemeja belang biru hijau. Ergh, tak lawa. Ish ngutuk pulak. Lagi satu, sampai sekarang aku tak tahu nama dia apa. Nak panggil pakcik sarjan, mau penampor naik ke muka. Well,not really penampar lah. Gaya macam tu.

"You can call me Mr.Nadri. Or Sir Nadri, anything you like."

Oh! Mampos dia boleh baca fikiran aku. Aku duk kutuk baju dia tu? Ayarks!
Dia terus menuju ke rak di bahagian pejuru bilik. Well bilik ni macam bilik guru yang biasa, banyak rak dan penuh dengan fail. Ada dua gambar tergantung di dinding. Satu gambar pemandangan sekolah dan satu lagi gambar keluarga. Diperhatikan lama-lama, terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan duduk di atas kerusi manakala dua orang lelaki dan seorang perempuan berdiri di belakang. Mereka memakai pakaian ala-ala nak pergi dinner. Si perempuan memakai dress manakala lelaki memakai kot and tie. Mereka yang berdiri di belakang nampak dalam lingkungan remaja manakala yang dududk pulak dewasa. Yang paling aku pasti, Sir sarjan eh, Sir Nadri duduk di bahagian dan di sebelahyna mungkin anak menantu. Hmm, aku pasti ni gambar lama. Berdasarkan pada muka sarjan lebih kepada Rosyam Nor versi muda, cuma misai tu tak boleh blah. Hensem jugak. Budak-budak yang berdiri dibelakang tu pulak hamboi, kacak hensem dan perempuan tu pulak comel sekali. Muka macam aku kenal, siapa eh....

"HAH!"
Sergahan yang berbisa ....

"OPOCOT MAK SARJAN MISAI LENTIK!"
Aku yang kaki latah sedunia ni pun apalagi, keluarkan aura latah. Tiba-tiba rasa sunyi semacam je bilik disiplin ni. Alahai, aku rasa nak lempang mulut sendiri apakan daya.
Terlajak perahu bolehlah di reverse, terlajak kata...

Muka sarjan tu rileks dan tiba-tiba tergelak. Walaweh, sejuk hati aku dengar dia gelak. Selamat lah jugak..

"Awak ni memang one of a kind. Sarjan lentik. Sedap jugak ya. Ahah lama saya tak gelak sejak cucu saya... "

Mukanya berubah muram. Alaa, baru nak syok . Aku menanti dia untuk menyambung kata-katanya. Dia kemudian mengembalikan muka aura garangnya. Aku lebih suka cikgu yang friendly tadi tu. Macam atok aku pun ade.

"Takpelah, awak balik kelas dulu. Pukul berapa dah ni. Lewat masuk kelas, banyak ketinggalan nanti. Saya maafkan awak untuk kali ni. Jangan lambat, walau kaya manapun awak, awak masih lagi terikat dengan peraturan disipln, faham?!"
Tegas betul. Naik bulu ketiak aku.

"Baik tuan!" Kata aku sambil mengangkat tabik.
Sir nadri tersenyum hambar sebelum duduk di kerusi di mejanya.

Aku terus berjalan menuju pintu dan mata aku berkalih ke arah jam. Hampir pukul sembilan. Sekarang kelas Physics. Kelas tamat sembilan suku.Well, dah nak habis, alang-alang tu skip terus. Kalau SMK Hartamas memang sah, kena tangkap hantar bilik pengetua terus. Sekali sekala ambik kesempatan atas 'keistimewaan' sekolah ni.
Aku membuka pintu tanpa aku sedari ada orang baru sahaja hendak melangkah kaki masuk ke dalam bilik guru. Aku pulak yang sedang khusyuk menilik jam tak perasan, lalu terlanggar bahu. Aduh bahu simen ape? Sakit bahu aku. Tapi aku sedar salah aku.
Aku menunduk sambil menngungkapkan kata maaf.

"Maafkan saya. I'm so sorry i didn't realize , there's person behind these door," kata aku perlahan.
Aku mengangkat muka aku lalu memandang tepat 'mangsa' yang dilanggar. GASP!

Terus rasa takut menular dalam diri aku. Rasa gerun pun ada. Rasa nak terkincit dalam spender pon ada. Apa lah dia buat kat sini. Cool Dhuha. Cool. Buat tak tahu .

Akuterus berjalan tanpa menoleh kebelakang dan tiba-tiba lengan baju aku ditarik kuat.

"Apa lagi?!"
Aku menengkingnya. Fuh berani gak aku ni. Dia nampak tersentap. Aku menyentap lengan aku dari pegangannya dan terus berjalan menuju ke perpustakaan.
This day ain't goin to be a good day!