BAB 6

"You came here and ruined everything"

Tergiang di telinga aku. Hati aku sesak. Macam mana aku nak teruskan persekolahan kalau begini permulaannya? Bagaimana? Baru hari kedua hati aku dah tak tahan. Dengan kehadiran mamat psiko tu. Can you just let go the past? Can ah?
Aku berjalan mundar mandir dalam bilik. Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. 
Papa's back.

Aku berlari-lari menuju ke hadapan. Mau bergegar rumah teres setingkat ni.
"Pa you're back!!"jerit aku. Aku membuka pintu dan grill.

Ayah aku keluar dari kereta dengan muka yang pelik. Watdehek anak aku ni.

"Assalamuaalaikum anak papa. What makes you look so happy ni? Selalunya dalam bilik terperap. Ni rajin menyambut ni," tanya ayah aku lalu menyambut tangan aku yang hendak bersalam.

Aku hanya tersengih. Aku berjalan masuk ke dalam rumah. Ayah aku mengunci pintu dan grill.

"Smells good. You cook? Amboi memang buang tebiat ni,"gurau ayah aku. 
"Alahhhh sekali sekala. Meh masuk, dhuha dah siap hidang semua. Dipersilakan," kata aku lalu mengajak ayah aku ke ruang makan.
Dia atas meja terhidang ayam masak lemak, sayur goreng dan telur dadar. Wow lengkap ciri-ciri isteri mithali.
"Kecur air liur papa. Wait i want to wash my hand first,"kata ayah lalu berlalu ke dapur.

Selesai sahaja makan, aku terfikir nak bukak mulut ke.

"Pa ada dessert tau. Kejap let me clean this up," kata aku lalu mengemas meja manakala ayah aku masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Aku membawa puding karamel ke hadapan televisyen. Aku melihat papa masih di dalam bilik. Aku menghidupkan televisyen dan menonton tv tanpa menyedari apa yang aku tontonkan. Get it? Ahhh

"Look delicious and i guess you got something to talk about?" Tanya ayah aku tiba-tiba. Hesh muncul tak ada salam betul.

"ya pandai pa teka. i got something to say. meh duduk meh,"kata aku lalu menepuk ruang sofa disebelah aku. Ayah aku melabuhkan punggungnya di sebelah aku lalu mencapai pinggan puding karamel dan menyuapkan sedikit caramel ke dalam mulutnya

"Too sweet.Less sugar please. okay now let your heart out," kata ayah aku sambil matanya mengadap televisyen.
Aku baru nak bukak mulut ayah aku sudah memotong line.
"Cerita wrestling jugak kamu tengok. anak dara zaman sekarang ni buat pa takut je. dulu zaman pa, eh zaman pa mana ada tv. okay keep going," kata ayah aku lalu mencapai remote tv di atas lantai.

Ayah aku ni cuba buat lawak kering ke apa.ah tapi betul jugak sejak bila aku switch channel wrestling ni. Ah gasak la. Tapi bila aku melihat Undertaker melipat John Cena, aku dah bayangkan aku melipat mamat tu. peh aku lipat dua tiga lapis, lompat dari jaring wrestling tu himpap dia pastu aku putar-putar dekat udara macam roda impian tu. Oh My aku punya imagination.

"Macam ni pa, you know two days in new school has been great but i just can't quite catch up with it. I mean i met somebody that make me wanted to cry all over again...." kata aku perlahan.
Ayah aku berhenti menyuap puding karamel ke dalam mulut dia dan memandang aku.

"Who is it? adakah Syed..."

"no need to say his name. i don't how he's end up there. he become the teacher. you know temporary teacher. music teacher i think, and then he's didn't do anything is just that i feel threatened. i felt insecure," kata aku cuba menahan sebak. i'm such a baby. nakk buat macam mana. im feeling traumatize..
Muka ayah aku tampak risau.

"Wow how does he end up being a teacher there? Gila dahsyat and besides Did he know you're there? one of the student??" tanya ayah aku.

Aku mengangguk. Yes please sort out this problem.
ayah aku menggosok kepalanya perlahan.. Botak lah katakan. rasa angin je lah.

"Okay i will call the principle. In the mean time, you stay home okay until i make sure your school environment is safe for you, get it?" tanya ayah aku.

Alamak call pengetua. nooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo don't let anybody know about my past.

"How about i move to another school. easy peasy lemon squeezy," kata aku sambil tersenyum fake.

"No .i think that's the best school for you so far.beside yuran everything ditanggung. you don't want to burden me aren't you?" kata ayah aku sambil memegang kepala aku. mengusap perlahan.

Hesy ni aku rasa bersalah ni.

"Okaylah i will stay till the end. as long as i don't need to see his face, then that's alright," kata aku sambil tersenyum. Cuba untuk menutup kegusaran dalam hati. Hati aku berat sekali. Tapi nasib baik tak payah pergi sekolah esok. Woohoo.

"Okay go back to sleep. Make sure basuh gigi. Your caramel pudding is way sugar-loaded. Haih patutlah rambut papa tak pernah tumbuh,"kata ayah aku lalu berjalan menuju ke dapur.

Aku tersenyum sedikit.

Bye-bye Mr.Psycho!

Bab 5

"Did you write our agenda for today?"tanya Sir Naim kepada Nadira. Dia merupakan setiausaha Culture and Drama Club
"Done!" Kata Nadira sambil mengangkat tabik ala ala tentera.
Dia menerangkan pelbagai agenda kelab dan rancangan masa hadapan. Ada teater dan lawatan. Well im not so interested. Keep on talking. My mind fly away. Not in this room.
Tiba-tiba aku tersedar bila terdengar Sir Naim berdehem.
"Thats all for today. Hope you guys can come for our meeting next week. Meeting dismissed. Dhuha can you stay for a while?" Katanya sambil mengemas kertas-kertas ditangannya
Aku mengganguk perlahan.
"Answer me!" Bentaknya keras.
 Gosh i already nodded my head. What did he want?
Semua ahli kelab seperti terpinga. Terkejut melihat sir mereka seperti singa lapar.
"Saya dah angguk dah sir," jawab aku perlahan. Memikirikan jawatannya sebagai pengajar di sini membuat kan aku terpaksa tunduk hormat padanya. Kalau tak dah lama aku tengking. Okay chillax dhuha. Setakat tapir ni, takpayah nak hot hot sangat.

"What do you think im doing? I dont have time to look at your face. Jawab kan senang. Allah bagi mulut guna elok elok," marahnya lalu bangkit dari kerusi.
Aku terkejut. Wow ayatnya deep sekali. Sentap okay.
Pelajar lain semuanya seperti terpinga sebentar dan cepat-cepat berjalan nak blah. Sarah menepuk bahu aku seperti memberi semangat. Adam memandang aku dah senyum sedikit. Nadirah pulak lagi dahsyat peluk aku macam gaya aku nak meninggalkan dunia yang fana ni. Yang lain-lain aku rasa kecut gelabah taik ayam dah lesap. Eleh, dia pernah mengamuk lagi teruk.o

Bilik itu sunyi. Sir Naim hilang begitu sahaja. Watdehek. Baik aku blah. Baru sahaja aku nak angkat kaki blah...
Terdengar tengkingan kuat di belakang aku.

"What is your purpose here? Hurting me one more time? When i saw you, im shocked. I thought i was hallucinating but no. Youre real. Your name is on the student list. And you know what? Im the one who change your club form once i know youre here. Damn, i should do more. Change your sports from hockey to cheerleading. With your body like that, one hella jokes. You're just a joke to me."

Aku tersentak. Okay sorry daddy. Tak pasal dia disalahkan.
No way he's beyond evil. He's the devil. The devil that keeps haunting me. Will never leave me alone.
Aku kena berani. Stand up.that thing happen two years ago. Can you just let go?
"What do you want from me exactly? Aku rasa pergaduhan,permusuhan apa apa jelah kan ends 2 years ago. You left..."
Aku berkata perlahan sambil menggosok tangan aku perlahan. Bulu roma aku naik. Benda jahat yang dia selalu lakukan pada aku terlayar di minda. Pehh
Dia memandang aku tajam sambil berjalan mendekati aku. Merapati aku dan aku berundur sedikit demi sedikit sehingga badan tersandar pada dinding. Dia berhenti dan menghadap aku. 
"I dont exactly left. I was forced to leave. Because.. Of you of course. Some bitch told to the principle i've been doing bad things to you and kebetulan pulak ramainya witnesss baik hati nak membantu kau. Dan aku tahu siapa yang gatal mulut cakap dekat pengetua kalau bukan kau kan?!?!"katanya lalu menelangkup kedua-dua tangannya di dinding membentuk satu perangkap yang aku tak mampu lepas. Mukanya bengis memandang aku.
Aku menelan air liur perlahan-lahan. Aku dah terdengar tahlil dan talkin sedang dibacakan untuk aku. woi stop that!
"But i've move on. After spm aku dah rasa lega even though sijil aku buruk sebab ada rekod kena buang sekolah but that's alright. At least I got a job. As a temporary teacher here because i have grade 8 piano certification but you came and ruined everything. My head hurt everytime i thought about you wandering around in this school , near to me.You're magnet to bad luck you know. Dah la society memandang rendah pada aku. Even my family ignored me for a year! and because of what i did to you? you deserved it "katanya lalu mengalihkan tangannya dan memusing badannya ke belakang.
Aku melepaskan nafas lega. Fuhh. Dada aku berdebar dan bagai hendak meletup. Menatap mata hitamnya dan wajahnya yang sawo matang itu membuatkan aku tak keruan. Woi ingat to musuh ketat forever kau. Bukan prince charming yang akan memberi kau bunga indah ayat puitis semua.
Aku ingin penjelasan. Apa sebab dia benci aku. My question left unanswered

"Apa sebab kau benci sangat dekat aku? Sampai kan aku rasa kalau aku bernafas pun kau rasa menyampah kan?" Tanya aku lantang.

Dia memusingkan badan dan mengadap aku. Mukanya merah. Seram okay.
"Kau nak tahu sebab apa? Wait ahhhh," katanya lalu berjalan masuk dalam bilik kecil di hujung bilik. Aku rasa itu pejabatnya.

Aku tidak menunggu lama. Dia keluar dari bilik dan memegang surat khabar yang digulung. Surat khabar yang tampak kekuningan.
Dia melakukan sesuatu yang memang agak dijangka. Dia mencampakkan surat khabar itu ke muka aku.

"You read yourself," katanya lalu berjalan keluar dari bilik dan menghempas kuat pintu.

"SEORANG GADIS DITEMUI MATI AKIBAT MENGAMBIL UBAT TIDUR BERLEBIHAN"
amboi harian metro ni, nak capslock aja
Now i know.

It was an accident! 

BAB 4

"Okay todays homework are, i want you guys to do revision on form four subject from Quadratic Equation to index and logarithm. That's all for today. Thank you."

Miss Lim mengemas barang-barangnya lalu keluar dari kelas. Fuh, inilah kelas terakhir. Setakat revision, pagi besok bolehhhh.

Aku mengemas buku dan menantikan pelajar lain keluar dari kelas. Aku perhatikan ada seorang pelajar perempuan yang agak comel dan muka ala-ala kuali-asia atau pan-asian sedang memerhatikan aku dari luar. Samada aku yang perasan sensorang or memang dia perhatikan aku. Aku melihat jam di tangan.
Pukul 3.30 tengahari. Pehhh patut lapar semacam. Aku cepat-cepat mengemas beg. Aku menyangkut beg galas ke bahu aku dan berjalan ke pintu tapi sebaik saja aku hendak melangkah ke luar kelas, tiba-tiba muncul seorang budak perempuan dari tepi kelas dan menahan aku. Watdehel?

"Who are you?" Aku menanya si dia. Budak ni nampak muda. Nilah budak kuali-asian yang aku nampak tu.
Aku tidaklah berapa kenal sangat pelajar di sekolah ini memandangkan baru masuk hari kedua di sini and most of the time aku hanya melepak dalam library. Even waktu break pun aku prefer untuk menyorok dalam library walaupun perut lapar nyanyi lagu black metal. Waktu lunch break, duduk dalam surau makan sandwich. Walaupun makanan disediakan tak sanggup.Duh, i don't want to suffer throughout the year like this!

"Hello! My name is Syarifah Nadira Aznita. Call me Nadira. If i'm not mistaken, you're Dhuha right?" Tanyanya dengan wajah dan suara yang ceria sambil memintal rambut pendeknya menggunakan jari. Hoho minah ni semacam aje. Aku mengangguk perlahan. Sedikit banggalah sebab ada orang kenal aku. Wajahnya bertambah ceria bila aku mengaku aku ni Dhuha.

"Good! So you must follow me. You know that every wenesday we had co-curriculum activity right? I'm the president of the drama club. I've been lookin'for you since yesterday! I'm glad that i found you here." Katanya dalam satu nafas. Eh kejap drama club? Not on my list okay.

"Wait! Since when i apply into drama club? I thought i apply for debate club!"kata aku pada dia.
Yelah waktu apply aku tick box untuk Club and Societies ialah Debate Club. End up, on Culture and Drama Club. So not me okay.

"But it said on your application form, you applied for Culture and Drama Club. Aheh, it's alright my friend. Drama club are one of the best club in school. Yada yada, come lah. Meeting will be starting soon. I want to introduce you to other members. I know you feel weird and uncomfortble, sooner, you'll love it!"
Ucapannya yang penuh semangat still tak membangkitkan nafsu aku. Ni mesti ayah yang tukar waktu dia hantar form ke sekolah. Arghhhh, mati aku! Lagi satu, dah dua kali dah perkataan uncomfortable and weird tu disebut dalam hari ni. Aku tak la rasa tak selesa ke apa. Cuma orang duk perhatikan aku.. kinda rimas. Well, uncomfortable lah tu kan.

"Oklah i will join you. But, how old are you?" Tanya aku. Dia nampak muda untuk jadi presiden sesebuah kelab. Nampak macam umur lima belas tahun.

"I'm in 12 grade. That's mean i'm 17 years old. Like you!"
Hah!? Wajahnya ala-ala baby face, tak nampak macam 17 pun. Patutlah aku jarang nampak, dia di Utama International School, yang menjadikan kurikulum British as a main curriculum while i'm in Sri Utama School, yang menggudakan sistem pendidikan malaysia. Well, different school but still in a same building.

" Follow me!" Dia menarik lengan aku dan kami berjalan menuju ke blok sebelah. Blok sebelah aku belum sempat teroka memandangkan aku baru je masuk dan belum sempat nak jalan-jalan dekat sini lagi.
Dia membawa aku ke tingkat dua dan menuju ke sebuah bilik yang berada di hujung sekali. Aku ternampak beberapa pasang kasut di luar bilik itu. Well, macam sikit je ahlinya.
Lagi bagus!

Aku menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik. Bilik itu bersaiz sederhana dan berpenghawa dingin. Terdapat banyak almari yang menempatkan kostum dan props. Wah macam tempat shootin pun ada. Dengan equipment yang canggih dan moden, aku pun ternganga. Terdapat beberapa kotak bersepah di atas lantai. Bilik ni tampak kemas walaupun bqnyak barang berselerak di atas lantai. Haiyoo, bila last time dorang kemas bilik ni? Aku melihat terdapat dua bilik lain di dalam bilik besar ni tetapi pintunya tertutup rapat, maybe bilik tukar baju kot.

"Hye, you're the new member right? Nice to meet you! My name is Sarah Kavanagh and i'm the vice president for Culture and drama club. How's your second day at school? Fun? Adventurous? Lame? Tell me ! Tell meeeeeeeee..."

"Stop being a kid Sarah. You're sixteen now. Ugh, beside, give her some slack. It's not a very pleasant way to approach new kid. Such a Babo." Marah betul Nadira.

"Hai, nice to meet you, yeah second day? Fun, all people here seems very nice toward me," aku membalas sambil tersenyum plastik. 'All people here seems very nice to me' nampak sangat aku menipunya. Sekurang-kurangnya aku ada kawan baru, Nadira. Kalau dia nak jadi kawan aku lah. Aku melihat Sarah ni mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu. Aku harus mengakui yang minah saleh ceria aktif ni cantik orangnya. Bermata biru dan rambutnya yang panjang berwarna blonde tapi diikat dengan gaya messy bun. Aku yang perempuan ni pun boleh fall in love. Eh! Shadap Dhuha!
Tiba-tiba dia tersenyum dengan lebar lalu menarik lengan aku dengan kuat. Bukan menarik, merentap. Pengganas punya minah saleh.
Aku memandang Nadira untuk meminta tolong tetapi Nadira tiada di situ . Aku melihat salah satu pintu bilik tu terbuka. Maybe dia ambik barang ke something. Aku mengikut Sarah menuju sebuah ruang yang besar sekali. Terdapat banyak cermin besar yang ditampal. Macam studio tarian pun ada. Ianya berlantaikan kayu maple bewarna coklat cair. Di ruang ini terdapat beberapa manusia yang sedang duduk bersila dalm satu bulatan besar. Terdapat rung kosong di antara mereka.tempat aku Sarah and Nadira kot.Di tengah-tengahnya pulak terdapat satu kerusi plastik. Aku membilang, satu,dua , tiga, empat,lima,enam termasuk aku , Sarah dan Nadira , sembilan orang je for a club? What a pity!

"Okay guys, i would like to introduce to you guys, our new member. This is Dhuha. Say hye to her."

"Hye," keenam-enam mereka membalas dengan serentak. Lembik je semua.

"Okay the first one is Adam. He's the most quiet person i'll ever know. He never talk much," kata Sarah sambil menunding jarinya pada Adam. Well, Adam buat tak tahu je. Dengan rambut gaya emo, mata yang kuyu macam 10 malam tak tidur, baju kemeja yang terkeluar, memang gaya budak backstreets jahat gila tapi kena paksa masuk drama club. Hayooo. Tapi rupa dia macam melayu mix. Hensem lah jugak. Oh, jatuh cinta cinta lagi la,la,la....

"The second one is Faarah. She look like seventeen but believe me she's fourteen," bisik Sarah di telinga aku. Well, dia , emm tembam. Cute! Dia ni pun orang melayu jugak.

"The third one is Syahira. She's sixteen years old. Same like me. She.."

"Next to her.. Emm looks like her twin sister?" Aku mencelah sewaktu Sarah sibuk duk memperkenalkan aku dengan member club.

"Yes , it is. Her twin is Syakirah. Well both of them are so freaking different . The sister is so snobbish. Think she is the queen of the world while the younger one,nice and doesn't talk much. Like Adam. Sweet couple. Hahaha ,"kata Sarah sambil tergelak. Kuang hajau.
Rupa mereka seperti melayu asli. Kulit kuning langsat dan berambut hitam ikal mayang. Tapi cantik sekali.

"The fifth one is Liam . He's fifteen years old. Nice, talk a lot."
Aku melihat Liam sedang berborak dengan Shakirah, walaupun Shakirah tu tak layan dia . Sedihnya.hahhaha. Liam berambut brownish dengan gaya rambut zaman P.Ramlee. Rambutnya yang disapu gel rambut berapa kilo dan disikat rapi. Memang gaya nerd. Boleh buat adik angkat.

"The last one is David. You don't need to know him. He's mine," kata Sarah sambil kenyit mata. Watdehel minah ni. Ingat aku nak? David yang sedang khusyuk membaca ssesuatu tiba-tiba memandang Sarah dan mengenyit mata. Well, memang hensem habis lah kan. Rambut blond pacak-pacak dan mata coklat cair, aku pun rasa macam nak kenyit mata balik. Huhuhu

"Have you finish Sarah? Lets move on to our meeting." Kedengaran suara seorang lelaki dibelakang aku. Dekat betul suara tu. Aku memusingkan kepala aku dan..

"This is our drama club teacher. Sir Syed Naim Azhar. You call him Sir Naim."
Suara Sarah seperti tenggelam begitu sahaja. Kedengaran muzik orang mati dimaiinkan. Seperti aku rasa nak mati. Eh tak boleh. Aku watak utama. Mana boleh mati. Ianya seperti aku rasa nak pengsan. Ya Allah.
Kejutan ni takkan pernah habis.

BAB 3

Dia menggosok misainya perlahan-lahan. Inilah pertama kali dalam sejarah hidup aku, ditahan seorang cikgu disiplin ala-ala sarjan. Misainya melentiknya, ya ampon. Nak nangis aku. Kesalahan aku tak ada lah berat mana. Lambat je . Bukan ponteng or anything else that involves third or second person. Jenayah yang boleh dimaafkan walaupun aku tahu kesalahan ponteng boleh memburukkan rekod disiplin aku memandangkan aku SPM. Alah kawtim eh?
Aku memerhatikan pak cik sarjan , tu duk mundar mandir dalam bilik disiplin ini sambil gosok misainya. Amboi bang cukup lentik dah tu! Tapi aku pelik, international school sepatutnya , at least cikgu orang luar negara ke or somebody else, but not this pakcik sarjan...

"Awak dah fikir apa kesalahan awak?" Suara pakcik itu memecahkan kebisuan yang melanda. Ohoh, suara garau. Takut ai!

"Yeah, i'm sorry,i was late. But i have reason for that," kata aku perlahan.
Kedengaran keluhan terkeluar dari bibirnya. Dia berpusing mengadap aku. Aku yang sedang berdiri berasa seram sejuk dan hanya menunduk.

"Nilaj masalah anak-anak yang diletakkan di bawah jagaan international school. Bahasa ibunda pun dah dilupakan. Huh!"
Ayatnya seakan-akan mengeluh dan menyindir dalam masa yang sama. Pakcik sarjan ni nampak macam berpengalaman luas dalam masalah ini.

"I know you feel weird. Uncomfortable at the same time. Usually , kids who make trouble, are not like you. I mean your cloth and your manners, i should say, budak nakal je yang selalu create trouble. Yang over spoil rich type. Suka hati mak bapak datang pukul berapa. Awak datang terkocoh-kocoh dengan menunggang basikal. Nampak macam bukan sengaja nak datang lambat.Lepas tu awak ni, pakai tudung ala-ala tudung labuh and baju kurung rasmi sekolah. Girls here, prefer skirt and shirts. You're different. Tak sangka pulak boleh ada budak gaya macam ni."

Dia memandang aku lama. I'm speechless. Is that a compliment? Aku pun konfius. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, dia ni seorang yang nampak garang tapi mempunyai hati yang baik .

Banyak soalan yang aku nak tanya. Adakah aku satu-satunya spesis pakai tudung labuh dekat sekolah ni? Kenapa pakcik ni nampak macam A.Galak from Gerak Khas? Sumpah aku baru nak mintak autograph. Lagi satu, gaya dia macam pak guard je, cuma yang membezakan dia pakai kemeja belang biru hijau. Ergh, tak lawa. Ish ngutuk pulak. Lagi satu, sampai sekarang aku tak tahu nama dia apa. Nak panggil pakcik sarjan, mau penampor naik ke muka. Well,not really penampar lah. Gaya macam tu.

"You can call me Mr.Nadri. Or Sir Nadri, anything you like."

Oh! Mampos dia boleh baca fikiran aku. Aku duk kutuk baju dia tu? Ayarks!
Dia terus menuju ke rak di bahagian pejuru bilik. Well bilik ni macam bilik guru yang biasa, banyak rak dan penuh dengan fail. Ada dua gambar tergantung di dinding. Satu gambar pemandangan sekolah dan satu lagi gambar keluarga. Diperhatikan lama-lama, terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan duduk di atas kerusi manakala dua orang lelaki dan seorang perempuan berdiri di belakang. Mereka memakai pakaian ala-ala nak pergi dinner. Si perempuan memakai dress manakala lelaki memakai kot and tie. Mereka yang berdiri di belakang nampak dalam lingkungan remaja manakala yang dududk pulak dewasa. Yang paling aku pasti, Sir sarjan eh, Sir Nadri duduk di bahagian dan di sebelahyna mungkin anak menantu. Hmm, aku pasti ni gambar lama. Berdasarkan pada muka sarjan lebih kepada Rosyam Nor versi muda, cuma misai tu tak boleh blah. Hensem jugak. Budak-budak yang berdiri dibelakang tu pulak hamboi, kacak hensem dan perempuan tu pulak comel sekali. Muka macam aku kenal, siapa eh....

"HAH!"
Sergahan yang berbisa ....

"OPOCOT MAK SARJAN MISAI LENTIK!"
Aku yang kaki latah sedunia ni pun apalagi, keluarkan aura latah. Tiba-tiba rasa sunyi semacam je bilik disiplin ni. Alahai, aku rasa nak lempang mulut sendiri apakan daya.
Terlajak perahu bolehlah di reverse, terlajak kata...

Muka sarjan tu rileks dan tiba-tiba tergelak. Walaweh, sejuk hati aku dengar dia gelak. Selamat lah jugak..

"Awak ni memang one of a kind. Sarjan lentik. Sedap jugak ya. Ahah lama saya tak gelak sejak cucu saya... "

Mukanya berubah muram. Alaa, baru nak syok . Aku menanti dia untuk menyambung kata-katanya. Dia kemudian mengembalikan muka aura garangnya. Aku lebih suka cikgu yang friendly tadi tu. Macam atok aku pun ade.

"Takpelah, awak balik kelas dulu. Pukul berapa dah ni. Lewat masuk kelas, banyak ketinggalan nanti. Saya maafkan awak untuk kali ni. Jangan lambat, walau kaya manapun awak, awak masih lagi terikat dengan peraturan disipln, faham?!"
Tegas betul. Naik bulu ketiak aku.

"Baik tuan!" Kata aku sambil mengangkat tabik.
Sir nadri tersenyum hambar sebelum duduk di kerusi di mejanya.

Aku terus berjalan menuju pintu dan mata aku berkalih ke arah jam. Hampir pukul sembilan. Sekarang kelas Physics. Kelas tamat sembilan suku.Well, dah nak habis, alang-alang tu skip terus. Kalau SMK Hartamas memang sah, kena tangkap hantar bilik pengetua terus. Sekali sekala ambik kesempatan atas 'keistimewaan' sekolah ni.
Aku membuka pintu tanpa aku sedari ada orang baru sahaja hendak melangkah kaki masuk ke dalam bilik guru. Aku pulak yang sedang khusyuk menilik jam tak perasan, lalu terlanggar bahu. Aduh bahu simen ape? Sakit bahu aku. Tapi aku sedar salah aku.
Aku menunduk sambil menngungkapkan kata maaf.

"Maafkan saya. I'm so sorry i didn't realize , there's person behind these door," kata aku perlahan.
Aku mengangkat muka aku lalu memandang tepat 'mangsa' yang dilanggar. GASP!

Terus rasa takut menular dalam diri aku. Rasa gerun pun ada. Rasa nak terkincit dalam spender pon ada. Apa lah dia buat kat sini. Cool Dhuha. Cool. Buat tak tahu .

Akuterus berjalan tanpa menoleh kebelakang dan tiba-tiba lengan baju aku ditarik kuat.

"Apa lagi?!"
Aku menengkingnya. Fuh berani gak aku ni. Dia nampak tersentap. Aku menyentap lengan aku dari pegangannya dan terus berjalan menuju ke perpustakaan.
This day ain't goin to be a good day!

BAB 1

" So damn boring! i'm dying ! who put  me in this situation? oh yeah, ayah!"

thanks a lot.
Indah sungguh pemandangan di Sri Utama International School. pemandangan hebat untuk sekolah yang hebat tapi bagi aku tak hebat langsung. okay tipulah tak tergoda dengan tawaran sekolah itu. Banyak facilities yang hebat. Dan bunyi 'international' tu amat lah menambahkan aura kehebatan . Hari pertama yang stressful and boredom. Habis sekolah just like that.No friends and more to..

"who's this fat lady!?! excuse me, please Lorraine Mearghaux on the way. Applause please!!"

okay some blondie marah aku sebab kawan dia nama Oren Merah kebende punya nama nak lalu . sabar oh sabariah je lah kan.
"move away, dog! you're blocking her way!!!!"

okay samada telinga aku yang terlebih bersih sebab jeritan dia memang jelas giler kat telinga aku or dia yang masalah telinga sampai tak sedar suara dia melebihi volume maksimum yang boleh didengari manusia normal.

Tetibe kawasan lapang SUIS menjadi senyap tetibe.

terdengar bisik-bisikan halus

"Lorraine Mearghaux. omaigod she's so cute in facebook,twitter, instagram but in real life she's thousand time cuter. i'm falling for her new bag. is that Prada!?!?!? new edition. even my mom doesn't have one. she's so bla..bla.."

okay so ni lah oren meghah nya.
dia berjalan di tengah-tengah ibarat terdapat karpet merah dibentangkan khas hanya untuk dia. Semua berjalan dikelilingnya. Haishh tak rimas ke?
dan bila aku melihatnya dari jauh, HAH!

Muka keturunan makan nasi lemak tiap-tiap pagi je rupanya.
Lorraine Mearghaux lah sangat. Melayu asli je ghuponya.
tapi apakehal sampai minah salih pon duk puji-puji dia?
K-A-Y-A.

Aku merasa bosan melihat situasi di hadapan aku. Aku nak melawat lagi sekitar sekolah baru aku ni or as i called it "heaven above hell" .

Berdekatan kawasan lapang itu, terdapat perpustakaan. emm look very interesting. looks like this is the place i will spending time at, when lunch until the end of the semester or should i say until spm.

bangunan bewarna putih yang tersegam indah di hadapanku ini bagaikan menyambut kedatanganku . Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup membuatkan tudung aku ikut terbang sama. eisshhs.

aku membuka perlahan pintu masuk library itu dan terdapat seorang perempuan  muda dalam lingkungan 20-an sedang duduk di belakang kaunter sambil mengadap komputer. Aku senyum kepadanya dan mengharap sebuah balasan. Hampehnya. Muka yang ala-ala india mix with omputih ni memandang aku dengan pandangan ' apahal bizi body hah? get a life' dan meneruskan kerjanya. fine. kfine. Aku melihat tag yang terdapat di blazernya. 'Lew Hein'. Okay Miss Lew awak akan selalu tengok muka saya. Aku melihat kawasan perpustakaan ni sepi tanpa manusia.Terdapat banyak rak buku dan kemungkinan untuk aku sesat dekat sini amatlah tinggi.

Aku ingat lagi bagaimana aku bergaduh dengan ayah aku yang mahu memindahkan aku ke sekolah ini setelah mendapati aku selalu dibuli di sekolah lama aku.

      "Ayah akan pindahkan Dhuha ke sekolah yang lebih selamat. environment yang lebih okay dan Dhuha akan suka. Beside office ayah akan menaja beberapa anak pekerja syarikat ayah ke sekolah tu. You're one of them,"terang Encik Abdullah.

Tau tak aku lebih rela kena buli tetapi mempunyai seorang kawan yang super baik. Nisha. apa khabar kau?

aku berjalan menuju ke sebuah rak menempatkan seksyen Fiction. Okay. ushar meh . The Hunger Games. Movie dia ala-ala best tapi tak pernah pulak aku membacanya dalam versi novel. Aku mengambil novel itu dan tetiba sebuah tangan yang lain memegangnya on the same time. Eh bila masa pulak ada manusia lain sebelah aku ni.Dia terus merampasnya dari aku.

"I'm sorry but i'm the one who took it first! so please can you return it back to me," aku bercakap dengan suara yang amat perlahan.

Dia buat tak layan dan terus berlalu pergi.Aku tidak dapat melihat mukanya sebab terlindung dengan topi . Tapi daripada pengamatan aku, dia seorang manusia yang berjantina lelaki. Aku menarik bahu dengan kuat menyebabkan badannya terpusing dengan kuat lalu topinya tercampak ke atas lantai. Dia mengangkat mukanya perlahan-lahan. Oh fikir kau jantan, gua cuak ah!

Tiba-tiba sebaik sahaja aku melihat mukanya, aku berundur perlahan-lahan. Ya Allah selamatkan aku. Dah la Library ni senyap sahaja memandangkan ini waktu tamat sekolah . Lorraine Mearghaux selamatkan aku. Eh kenapa tetibe teringatkan minah tu.
Air mukanya tampak terkejut. Aku mengundur dan terus mengundur. Aku terus melupakan novel The Hunger Games tu. I'd rather die than took those novel from his hand.

Aku memusingkan badan aku ke belakang dan terus melarikan diri dengan selaju mungkin. Aku melihat Miss Lew sekilas pandangan sebelum menerobos keluar dari pintu masuk Perpustakaan. Suasana di luar sungguh senyap. Heh mana red carpet dengan si Oren Meghah tu . Penat balikm dah kot.
Aku melihat pintu masuk perpustakaan dan di sebalik pintu kaca itu , lelaki yang membuatkan aku lari tercungap-cungap tak cukup oksigen tu seperti sedang menanyakan sesuatu kepada Miss Lew. Semasa aku sedang syok memerhatikan dia, tetiba dia memandang aku lalu menunding jari ke arah aku. Ya Allah, sumpah aku tak curik buku library.

Aku mengangkat sedikit kain sekolah rasmi yang bewarna hijau gelap ini dan apalagi cabutttttt.